Negara maju

Negara maju ditandai warna biru (IMF, 2008).

Istilah negara maju digunakan untuk menghuraikan negara-negara yang dikira menikmati tahap pembangunan yang tinggi berdasarkan ukuran-ukuran tertentu. Ukuran yang mana dan negara mana yang digolongkan sebagai maju masih menjadi titik perbalahan dan perbahasan yang hangat, tetapi perdebatan sebegini selalunya dikuasai oleh ukuran ekonomi. Salah satu ukurannya ialah pendapatan per kapita, iaitu negara yang tinggi keluaran dalam negara kasar (KDNK) per capitanya boleh diterima sebagai negara maju. Satu lagi ukuran ekonomi ialah pengindustrian, iaitu negara-negara yang ekonominya dikuasai oleh sektor tertier dan kuaterner boleh diterima sebagai negara maju. Baru-baru ini, wujudnya satu lagi ukuran yang semakin penting iaitu Indeks Pembangunan Manusia (IPM) yang bergabung dengan ukuran ekonomi, pendapatan negara, jangka hayat, pendidikan dan sebagainya. Ukuran ini menentukan negara yang berkadar IPM amat tinggi sebagai negara maju. Walau bagaimanapun kaedahnya untuk dalam usaha menentukan taraf "maju" dengan mana-mana cara yang digunakan.

Negara-negara yang tidak memenuhi ciri-ciri negara maju digolongkan sebagai negara membangun.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search