Neptun

Neptun
نيڤتون♆
Neptune dari Voyager 2
Klik gambar bagi perincian
Penemuan
Ditemui olehUrbain Le Verrier
John Couch Adams
Johann Galle
Tarikh penemuan23 September 1846
Ciri-ciri orbit
Epok J2000
Afelion4,536,874,325 km
30.327 131 69 AU
Perihelion4,459,631,496 km
29.810 795 27 AU
Paksi semimajor4,498,252,900 km
30.068 963 48 AU
Kesipian0.008 585 87
Tempoh qamari367.49 hari
Kelajuan purata orbit5.432 km/s
Kecondongan1.769 17°
(6.43° dari khatulistiwa Matahari)
Longitud nod menaik131.721 69°
Satelit13
Ciri-ciri fizikal
Jejari khatulistiwa24,764 km [1]
(3.883 kali Bumi)
Jejari kutub24,341 km
(3.829 kali Bumi)
Luas permukaan7.619×109 km²
(14.94 kali Bumi)
Isi padu6.254×1013 km³
(57.74 kali Bumi)
Jisim1.0243×1026 kg
(17.147 kali Bumi)
Min ketumpatan1.638 g/cm³
Graviti permukaan khatulistiwa11.15 m/s2
(1.14 g) (pada 1 bar)
Halaju lepas23.5 km/s
Tempoh putaran ikut bintang16.11 h (16 j 6 min 36 s) 1
Halaju putaran khatulistiwa2.68 km/s = 9660 km/j (di khatulistiwa)
Kecondongan paksi28.32°
Jarak hamal kutub utara299.33° (19 j 57 min 20 s)
Keserongan kutub utara42.95°
Albedo0.41
Suhu min purata max
Kelvin 50 K 53 K N/A
Atmosfera
Tekanan atmosfera≫100 kPa
Komposisi80% ±3.2% hidrogen, H2
19% ±3.2% helium, He
1.5% ±0.5% metana, CH4
192 ppm hidrogen deuterium, HD
1.5 ppm etana, C2H6

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Neptun[2] (Mal., Sin., Bru., disebut [nép.tun], Jawi: نيڤتون; juga Neptunus Ind.) atau nama lama ia Waruna[3] (Jawi: وارونا) merupakan planet kelapan dan planet paling jauh jika diukur dari Matahari dalam Sistem Suria. Ia merupakan planet keempat terbesar berdasarkan diameter (49,530 km) dan planet ketiga terbesar berdasarkan jisim, yakni 17 kali lebih besar daripada Bumi, dan sedikit lebih besar daripada Uranus.[4] Planet ini mengorbit Matahari pada jarak 30.1 unit astronomi (UA) atau sekitar 4,450 juta kilometer. Tempoh putaran planet ini adalah 16.1 jam sedangkan tempoh orbit ialah 164.8 tahun. Planet ini dinamakan sempena Neptunus, dewa lautan masyarakat Romawi, malah simbol astronominya adalah ♆, yakni trisula yang disenjatakan dewa ini.

Neptun ditemukan pada 23 September 1846.[5] Planet ini merupakan planet pertama yang ditemukan melalui ramalan dan pengiraan matematik. Perubahan yang tak terduga di orbit Uranus membuat Alexis Bouvard menyimpulkan bahawa hal tersebut berlaku akibat gangguan graviti daripada planet yang belum dikenal pasti. Jasad ini selanjutnya ditemui oleh Johann Galle di kedudukan yang diramalkan oleh Urbain Le Verrier. Satelit alam terbesarnya, Triton, ditemukan segera sesudahnya, sementara 12 satelit alam lainnya baru ditemukan oleh teleskop pada abad ke-20. Neptun telah dikunjungi oleh satu prob angkasa iaitu Voyager 2 yang terbang melewati planet tersebut pada 25 Ogos 1989.[6]

Komposisi unsur planet ini mirip Uranus, dan komposisi kedua-dua planet berbeza daripada gergasi-gerasi gas Musytari dan Zuhal. Atmosfera planet mengandungi hidrogen, helium, hidrokarbon, kemungkinan nitrogen, dan kandungan "ais" yang besar seperti ais air, amonia, dan metana; metana di kawasan paling luar planet ini merupakan salah satu penyebab Neptun nampak kebiruan.[7] Para ahli falak kadang-kadang mengkategorikan Uranus dan Neptunus sebagai "gergasi ais" untuk menekankan perbezaan ini.[8] Bahagian dalam Neptun terdiri dari ais dan batu seperti Uranus.[9]

Sementara atmosfera Uranus secara relatifnya tidak berciri, atmosfera Neptun bersifat aktif dan menunjukkan pola cuaca. Contohnya, pada saat Voyager 2 terbang melewati Neptun pada tahun 1989, Titik Gelap Besar ditemui di kawasan selatan planet yang mirip dengan Titik Merah Besar di Musytari. Pola cuaca tersebut berlaku akibat angin yang sangat kencang, dengan kelajuan hingga 2.100 km/jam.[10] Oleh kerana jarak yang jauh dari Matahari, atmosfera luar Neptun merupakan salah satu tempat terdingin di sistem suria dengan suhu sedingin −218 °C (55 K). Suhu teras planet dikira setinggi 5,400 K (5,000 °C).[11][12] Neptun memiliki sistem gelang yang tipis. Sistem gelang tersebut baru ditemui pada tahun 1960-an dan disahihkan kewujudannya oleh Voyager 2 pada tahun 1989.[13]

Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-

  • 57.9 juta kilometer ke Utarid
  • 108.2 juta kilometer ke Zuhrah
  • 149.6 juta kilometer ke Bumi
  • 227.9 juta kilometer ke Marikh
  • 778.3 juta kilometer ke Musytari
  • 1,427.0 juta kilometer ke Zuhal
  • 2,871.0 juta kilometer ke Uranus
  • 4,497.0 juta kilometer ke Neptun
  • 5,913.5 juta kilometer ke Pluto.
  1. ^ [1]
  2. ^ "Neptun". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  3. ^ Mohamed Kadir (1975). "Waruna". Kamus Kebangsaan Ejaan Baru, Inggeris-bahasa Malaysia, Bahasa Malaysia-Inggeris. Titiwangsa. m/s. 299, 857.
  4. ^ Williams, David R. (2007-11-29). "Planetary Fact Sheet – Metric". NASA. Dicapai pada 2008-3-13. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Hamilton2
  6. ^ Chang, Kenneth (18 Oktober 2014). "Dark Spots in Our Knowledge of Neptune". New York Times. Dicapai pada 21 Oktober 2014.
  7. ^ Munsell, Kirk; Smith, Harman; Harvey, Samantha (2007-11-13). "Neptune overview". Solar System Exploration. NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-03. Dicapai pada 2008-2-20. Check date values in: |accessdate= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  8. ^ Lunine, Jonathan I. (1993). "The Atmospheres of Uranus and Neptune". Lunar and Planetary Observatory, University of Arizona. Bibcode:1993ARA&A..31..217L. doi:10.1146/annurev.aa.31.090193.001245. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  9. ^ Podolak, M.; Weizman, A.; Marley, M. (1995). "Comparative models of Uranus and Neptune". Planetary and Space Science. 43 (12): 1517–1522. Bibcode:1995P&SS...43.1517P. doi:10.1016/0032-0633(95)00061-5.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  10. ^ Suomi, V. E.; Limaye, S. S.; Johnson, D. R. (1991). "High Winds of Neptune: A possible mechanism". Science. 251 (4996): 929–932. Bibcode:1991Sci...251..929S. doi:10.1126/science.251.4996.929. PMID 17847386.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  11. ^ Hubbard, W. B. (1997). "Neptune's Deep Chemistry". Science. 275 (5304): 1279–1280. doi:10.1126/science.275.5304.1279. PMID 9064785.
  12. ^ Nettelmann, N.; French, M.; Holst, B.; Redmer, R. "Interior Models of Jupiter, Saturn and Neptune" (PDF). University of Rostock. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-18. Dicapai pada 2008-2-25. Check date values in: |accessdate= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  13. ^ Wilford, John N. (1982-6-10). "Data Shows 2 Rings Circling Neptune". The New York Times. Dicapai pada 2008-2-29. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search