Newtype

Newtype
KategoriAnime, manga, tokusatsu, cereka sains Jepun, dan permainan video
KekerapanBulanan
Edaran160,750[1]
Isu pertama8 Mac 1985 (1985-03-08)
SyarikatKadokawa Shoten
NegaraJepun
Bertapak diTokyo
BahasaJepun
Laman webanime.webnt.jp

Newtype (ニュータイプ, Nyūtaipu) ialah penerbitan majalah bulanan yang berasal dari Jepun, meliputi anime (dan pada tahap yang lebih rendah, tokusatsu, manga, cereka sains Jepun, seiyuu, dan permainan video). Ia telah dilancarkan oleh syarikat penerbitan Kadokawa Shoten pada 8 Mac 1985 dengan keluaran Aprilnya, dan sejak itu telah menyaksikan keluaran tetap pada 10hb setiap bulan di negara asalnya. Newtype Korea diterbitkan di Korea. Penerbitan spin-off Newtype juga wujud di Jepun, seperti Newtype Hero/Newtype the Live (yang didedikasikan untuk tokusatsu) dan NewWORDS (yang menjurus ke arah pasaran dewasa yang lebih matang), serta banyak versi kendalian terhad (seperti Clamp Newtype).

Nama majalah itu berasal daripada "Newtypes" dalam garis masa Universal Century dalam siri Gundam, khususnya Mobile Suit Gundam (1979) dan sekuelnya Mobile Suit Zeta Gundam (1985). Majalah Newtype dilancarkan seminggu selepas Zeta Gundam mula disiarkan pada 2 Mac 1985.

Newtype USA ialah versi bahasa Inggeris yang diterbitkan di Amerika Utara antara tahun 2002 dan 2008.[2]

  1. ^ "2009 Japanese Anime/Game Magazine Circulation Numbers". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 19 Januari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2010. Dicapai pada 4 Disember 2013.
  2. ^ "Newtype USA to Cease Publication". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 9 Januari 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Februari 2008. Dicapai pada 4 Disember 2013.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search