Nisbah Poisson

Nisbah Poisson membandingkan pengecutan objek secara lateral (paksi-y dan paksi-z) kepada pemanjangan objek ke sisi apabila suatu tegasan dikenakan.

Nisbah Poisson ialah sejenis modulus keanjalan yang mengambil kira nisbah negatif terikan lateral (pada paksi-z atau paksi-y) kepada terikan longitudal (pada paksi-x). Modulus ini dinamakan sempena pakar fizik dan matematik Perancis, Siméon Poisson, dan biasanya diwakili oleh huruf Yunani, (nu). Nisbah Poisson boleh ditulis seperti yang berikut:

di mana εlat mewakili nilai terikan lateral dan εlong ialah nilai terikan longitudal. Suatu bahan hanya layak mempunyai nisbah Poisson sekiranya bahan bersifat isotropi dan berada dalam sifat keanjalan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search