Nombor Komuniti Eropah

Nombor Komuniti Eropah (bahasa Inggeris: European Community number; nombor EC) ialah suatu pengecam tujuh digit unik yang diberikan kepada bahan-bahan bagi tujuan pengawalseliaan dalam kawasan Kesatuan Eropah oleh Suruhanjaya Eropah. Bahan-bahan yang memiliki nombor EC dibahagikan dalam Inventori EC yang merangkumi tiga inventori individu, EINECS, ELINCS dan senarai NLP.[1]

Nombor EC ditulis secara umumnya dalam format NNN-NNN-R,[2] di mana R ialah suatu digit semak dan N mewakili integer. Digit semak dikira menggunakan kaedah ISBN. Menurut kaedah ini, digit cek R adalah jumlah aritmetik modular 11 berikut:

Sekiranya baki R ialah 10, gabungan nombor tersebut tidak akan diambil kira bagi penggunaan nombor EC.

  1. ^ "Guidance for identification and naming of substances under REACH and CLP" (PDF). Agensi Bahan Kimia Eropah. Mei 2017. m/s. 106. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 2017-08-28. Dicapai pada 2017-08-28.
  2. ^ "Commission Directive 2001/59/EC of 6 August 2001 adapting to technical progress for the 28th time Council Directive 67/548/EEC on the approximation of the laws, regulations and administrative provisions relating to the classification, packaging and labelling of dangerous substances" (pdf). Official Journal of the European Communities. Suruhanjaya Eropah (L 225): 4. 21 Ogos 2001. Dicapai pada 2011-12-18.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search