One Piece

One Piece
One Piece jilid ke-75 diterbitkan oleh syarikat Shueisha pada September 2014
GenrePengembaraan, fantasi[1]
Manga
PengarangEiichiro Oda
PenerbitShueisha
Penerbit Lain
DemografikShōnen
PencetakanJump Comics
Majalah AsalWeekly Shōnen Jump
Majalah Lain
Tarikh Pengeluaran22 Julai 1997 – kini
Jilid109
Siri televisyen anime
Francais media

One Piece (digayakan dalam semua huruf besar, dikenali juga sebagai Budak Getah dalam keluaran Comics House) ialah siri komik Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Eiichiro Oda. Ia telah bersiri dalam majalah manga shōnen Shueisha, Shonen Jump Mingguan sejak Julai 1997, dengan bab-bab individunya disusun menjadi 100 jilid tankōbon setakat September 2021. Kisah ini mengikuti pengembaraan Monkey D. Luffy, seorang budak lelaki yang badannya memperoleh sifat getah selepas secara tidak sengaja memakan Buah Demon. Dengan krew lanunnya, bernama Lanun Topi Jerami, Luffy meneroka Grand Line untuk mencari khazanah muktamad dunia yang dikenali sebagai "One Piece" untuk menjadi Raja Lanun seterusnya.

Komik itu melahirkan francais media, setelah diadaptasi menjadi filem festival yang diterbitkan oleh Production IG, dan siri animasi yang diterbitkan oleh Toei Animation, yang mula disiarkan di Jepun pada tahun 1999. Selain itu, Toei telah membangunkan empat belas filem cereka animasi, satu OVA dan tiga belas filem istimewa televisyen. Beberapa syarikat telah membangunkan pelbagai jenis dagangan dan media, seperti permainan kad dagangan dan pelbagai permainan video. Siri manga ini telah dilesenkan untuk keluaran bahasa Inggeris di Amerika Utara dan United Kingdom oleh Viz Media dan di Australia oleh Madman Entertainment. Siri anime itu telah dilesenkan oleh 4Kids Entertainment untuk keluaran berbahasa Inggeris di Amerika Utara pada tahun 2004, sebelum lesen itu digugurkan dan kemudiannya diperoleh oleh Funimation pada tahun 2007.

One Piece telah menerima pujian untuk penceritaan, seni, perwatakan, dan humornya. Ia telah menerima banyak anugerah dan disenaraikan oleh pengkritik, pengulas dan pembaca sebagai salah satu manga terbaik sepanjang masa. Beberapa jilid manga telah memecahkan rekod penerbitan, termasuk cetakan awal tertinggi mana-mana buku di Jepun. Pada 2015, One Piece menetapkan Rekod Dunia Guinness untuk "naskhah terbanyak diterbitkan untuk siri buku komik yang sama oleh seorang pengarang tunggal". Ia manga terlaris selama sebelas tahun berturut-turut dari 2008 hingga 2018, dan satu-satunya manga yang mempunyai cetakan awal jilid melebihi 3 juta secara berterusan selama lebih daripada 10 tahun, serta satu-satunya manga yang telah mencapai lebih daripada 1 juta salinan terjual dalam semua 100 jilid tankōbon yang diterbitkan.

Setakat Julai 2021, One Piece mempunyai lebih 490 juta salinan dalam edaran di 58 negara dan wilayah di seluruh dunia, menjadikannya siri manga terlaris dalam sejarah, dan siri komik terlaris dicetak dalam jilid buku. Ia juga salah satu daripada francais media dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.

  1. ^ "The Official Website for One Piece". Viz Media. Diarkibkan daripada yang asal pada February 11, 2021.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search