Opera

Teatro alla Scala di Milan, Itali. Ditubuhkan pada 1778, Teatro alla Scala ialah panggung opera yang amat berprestij dan terkenal

Opera ([o.pé.ra], Jawi: اوڤيرا) ialah salah satu seni dalam cabang teater yang mana keseluruhan pementasannya disampaikan dalam bentuk nyanyian, lakonan dan memerlukan ensembel muzik yang besar seperti orkestra; ia mengkhusus kepada penyampaian dramatik isi suatu buku kecil tertulisnya cerita yang dinyanyikan beriring lagu gubahan yang mungkin juga ditambah beberapa seni lain seperti tarian atau balet sesuai tema cerita.[1] Ia tidak boleh disamakan dengan teater muzikal yang biasa kerana terdapat banyak perbezaan antara dedua dalam corak persembahan, cara penyampaian vokal, cara penulisan and gubahan lagu. Persembahan opera lazimnya diadakan dalam panggung khas disertai dengan orkestra dipimpin seorang konduktor.

Opera bermula di Itali pada sekitar tahun 1600; adalah muzik klasikal tradisi Eropah atau juga dikenali sebagai muzik barat. Opera menggunakan unsur-unsur percakapan dan nyanyian, mementingkan set latar belakang pentas, kostum yang bersesuaian dengan jalan cerita opera, dan juga seni lakonan dan tarian. Berbanding dengan pementasan drama biasa, opera secara umumnya mementingkan keperluan gubahan muzik kompleks dan teknik nyanyian vokal. Selain dari penyanyi solo, opera juga disertai dengan ensambel korus diiringi dengan simfoni penuh, juga lebih dikenali sebagai orkestra. Opera juga kerap disampaikan dalam bentuk tarian, terutamanya opera Perancis.

Istilah "opera" serapan Itali turunan Latin terbitan opus diertikan sebagai "kerja" ditafsirkan kepada hasil pengkaryaan untuk persembahan ini.[1] Kitab Vortaro (1923) memberikan takrifan awal dalam bahasa Melayu sebagai "komedi njanji; pertoendjoekan wajang dengen menjanji".[2]

  1. ^ a b "òpera". Vocabolario on line (dalam bahasa Itali). Istituto della Enciclopedia Italiana. 2023. Dicapai pada 14 Jun 2023. 1. Ogni attività diretta a un fine; è parola di sign. ampio, come azione, lavoro, di cui è spesso sinon., ma con valore anche più generico... 3. [...] rappresentazione scenica di un testo drammatico (libretto) in cui i personaggi si esprimono per mezzo del canto e con accompagnamento orchestrale; a seconda dell’argomento, serio o comico, si distinguono...
  2. ^ Kwik Khing Djoen (1923). "opera". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 231.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search