Operasi Forager

Operasi Forager
Sebahagian daripada Medan Pasifik bagi Perang Dunia Kedua

A U.S. amphibious tractor loaded with Marines approaches Tinian during the U.S. landings on that island
TarikhJun – November, 1944
Lokasi
Keputusan Kemenangan Amerika Syarikat
Pihak yang terlibat
 Amerika Syarikat Jepun Empayar Jepun
Komandan dan pemimpin
Chester Nimitz
Richmond K. Turner
Holland Smith
Raymond A. Spruance
Roy Geiger
Harry Schmidt
William H. Rupertus
Paul J. Mueller
Yoshitsugu Saito  
Chuichi Nagumo  
Jisaburo Ozawa
Kakuji Kakuta  
Takeshi Takashina  
Hideyoshi Obata  
Kiyochi Ogata  
Sadae Inoue
Kunio Nakagawa  
Kerugian dan korban
9,500 terbunuh 63,000+ terbunuh
Templat:Campaignbox Marianas and Palaus Templat:Campaignbox Pacific Ocean

Operasi Forager atau juga dikenali sebagai Kempen Kepulauan Mariana dan Palau, merupakan serangan oleh Amerika Syarikat ke atas pasukan Empayar Jepun di kepulauan Marina di Lautan Pasifik antara Jun dan November 1944 smasa Perang Pasifik. Seranga Amerika Syarikat dibawah pemerintahan keseluruhan Chester Nimitz, diikuti dengan kempen Kepulauan Gilbert dan Marshall dan bertujuan melumpuhkan pangkalan Jepun di tengah Pasifik, menyokong kemaraan Pihak Berikat untuk merampas kembali Filipina , dan memberikan pangkalan bagi kempen pengeboman strategik menentang Jepun.

Memulakan serangan, Kor Marin Amerika Syarikat dan Tentera Amerika Syarikat dengan sokongan Tentera Laut Amerika Syarikat, melakukan pendaratan dalam Pertempuran Saipan pada Jun 1944. Sebagai tindak balas, gabungan Tentera Laut Imperial Jepun keluar menentang bagi menyerang armada Tentera Laut Amerika Syarikat yang menyokong pendaratan. Hasil Pertempuran Laut Filipina antara kapal pengangkut pesawat (apa yang digelar “Menembak Ayam Belanda Great Marianas”) pada 19–20 Jun, Pasukan Tentera laut Jepun dikalahkan dengan mutlak dengan kehilangan besar kapal pengangkut pesawat dan pesawat darat mereka yang tidak dapat diganti. Hanya sedikit dari dua puluh empat ribu tentera bertahan Jepun di pulau ditawan; sejumlah besar penduduk awam melontar anak mereka dan melompat dari tebing tinggi dari ditawan.

Lakaran kempen Pulau Mariana dan Palau

Selepas itu, pasukan Amerika Syarikat melaksanakan pendaratan dalam Pertempuran Guam (1944) dan Pertempuran Tinian pada Julai 1944. Selepas pertempuran sengit, Saipan ditawan pada Julai dan Guam dan Tinian pada Ogos 1944. Amerika Syarikat kemudiannya mendirikan lapangan terbang di Saipan dan Tinian di mana B-29 ditempatkan bagi melaksanakan misi pengeboman strategik menentang tanah besar Jepun sehingga akhir Perang Dunia Kedua, termasuk pengeboman atomik terhadap Hiroshima dan Nagasaki.

Sementara itu, bagi melindungi bahagian belakang bagi pasukan Amerika Syarikat yang bersedia bagi menyerang pasukan Jepun di Filipina, pada September 1944, pasukan Tentera dan marin Amerika Syarikat mendarat di pulau Peleliu dan Angaur di Palau. Selepas pertempuran sengit di Peleliu, pulau itu akhirnya ditawan oleh pasukan Amerika Syarikat pada November 1944.

Selepas pendaratan mereka di Pulau Mariana dan Palau, pasukan Berikat meneruskan kempen yang akirnya berjaya terhadap Jepun dengan mendarat di Filipina pada Oktober, 1944 dan Pulau Volcano dan Ryuku bermula pada Januari 1945.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search