Jumlah penduduk | |
---|---|
~500,000 | |
Kawasan ramai penduduk | |
Kemboja | 317,000[1] |
Vietnam | 127,000[2] |
Laos | 15,000[3] |
Malaysia | 10,000 |
Thailand | 4,000 |
Amerika Syarikat | 3,000 |
Perancis | 1,000 |
Bahasa | |
Bahasa Cam (bahasa ibunda), Bahasa Arab atau/dan Pali/Sanskrit (bahasa agamawi untuk gunaan keagamaan), Bahasa Malaysia (untuk yang menetap di Malaysia), Bahasa Inggeris (untuk yang menetap di Amerika Syarikat), Bahasa Khmer (bahasa rasmi negara Kemboja), Bahasa Vietnam (bahasa rasmi negara Vietnam), Bahasa Thai (untuk yang menetap di Thailand terutamanya di sekitar ibu negara, Bangkok dan wilayah sempadan Selatan Thai), Bahasa Lao (untuk yang menetap di Laos), Bahasa Perancis (untuk yang menetap di Perancis) dan sebagainya. | |
Agama | |
Cam Kemboja: Kebanyakan atau kesemua Islam Sunah; minoriti Islam Syiah, Hindu, dan ateisme/agnostik/paganisme.[4] Cam Vietnam: Kebanyakan atau kesemua penganut Hindu; minoriti penganut Islam, penganut Buddha ataupun campuran kedua-dua agama Hindu–Buddha.[5][6] | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Carai, Aceh, Melayu dan etnik Austronesia lain. |
Orang Cam (Bahasa Cam: ꨂꨣꩃ ꨌꩌꨚ Urang Campa, Bahasa Khmer: ជនជាតិចាម Chônchéatĕ Cham, Bahasa Vietnam: người Chăm) adalah kelompok etnik Austronesia di Asia Tenggara. Suku Cam adalah saki-baki dari Kerajaan Campa (kurun ke-7 hingga 15). Mereka bertutur bahasa Cam, sebuah bahasa rumpun Melayu-Polinesia yang termasuk dalam keluarga bahasa Austronesia.
Mereka berpusat antara wilayah Kampong Cam negara Kemboja dan di bahagian tengah serta selatan negara Vietnam terutamanya di kawasan Phan Rang-Thap Cam, Phan Thiết, Bandaraya Ho Chi Minh dan An Giang. Orang Cam membentuk komuniti orang Islam di Kemboja dan Vietnam.[7]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search