Orang Melayu Terengganu

Melayu Terengganu
ملايو ترڠڬانو
Oghang Tranung/Ganu
Seorang penari mempersembahkan tarian Ulek Mayang. Ulek Mayang ialah salah satu tarian khas negeri Terengganu.
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia1,000,000
 Indonesian/a
Bahasa
Bahasa Terengganu
Bahasa Malaysia
Agama
Islam bermazhab Syafi'i
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu Kelantan, Melayu Patani dan Melayu Pahang
Paparan amaran: Laman menggunkan Templat:Kotak info kumpulan etnik dengan parameter "poptime" yang tidak diketahui

Melayu Terengganu (Jawi: ملايو ترڠڬانو, Terengganu: Oghang Tranung) ialah suku kaum Melayu yang tinggal di negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia. Keturunan Terengganu juga dapat dijumpai di negeri seberang Pahang ( sekitar perkampungan di daerah Kuantan (Beserah, Balok dan Cherating), Pekan dan Rompin) dan Johor (di daerah Mersing) serta di Kepulauan Anambas dan Natuna di Kepulauan Riau, Indonesia. Orang Melayu Terengganu membentuk hampir atau lebih 94% daripada keseluruhan jumlah penduduk di negeri tersebut, menjadikan antara dua negeri Malaysia yang mempunyai peratusan Melayu lebih 90% selain daripada negeri Kelantan.

Orang Terengganu mempunyai sejarah yang panjang di wilayah Semenanjung, dan disebabkan sejarah yang panjang mereka membentuk identiti kebudayaan, serta bahasa pertuturan yang unik berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Walaupun kaya dengan keunikan tersendiri, orang Terengganu mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Pahang dan Kelantan Negeri-negeri tersebut berkongsi banyak persamaan dari segi sejarah, budaya dan bahasa kerana faktor geografi (ketiga-tiga sub-etnik Melayu tersebut dipanggil sebagai Orang Pantai Timur).


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search