Orang Samaria

Samaritan
שומרונים
Jumlah penduduk
712 (2007)[1]
Kawasan ramai penduduk
Tebing Barat (Gunung Gerizim),  Israel (kebanyakannya di Holon) [2]
Bahasa
keagamaan: bahasa Ibrani Samaria, bahasa Aramia Samaria
percakapan: bahasa Ibrani, bahasa Arab Palestin
Agama
Samaritanisme (Hampir keseluruhannya Undang-undang Torah tidak berubah)

Orang Samaritan (Ibrani: שומרונים Shomronim), dikenali dalam Talmud sebagai Kuthim (Ibrani: כותים), ialah satu kumpulan etnik di Levant. Secara etnik, mereka berketurunan dari sebuah kumpulan penduduk Bani Israil yang mempunyai hubungan dengan Samaria kuno sejak permulaan Buangan Babylon hingga permulaan Tahun Masihi, dan zaman Nabi Musa. Bagaimana pun, orang Samaritan menyatakan bahawa nama mereka bukan berasal daripada gelaran geografi ini, tetapi lebih kepada istilah שַמֶרִים‎ (Shamerim), "penjaga [undang-undang Musa]".]”. Secara keagamaan, mereka adalah penganut Samaritanisme, satu agama yang berasaskan Torah. Orang Samaritan mendakwa bahawa sembahan mereka (yang berlainan daripada aliran utama agama Yahudi) adalah agama Bani Israil kuno yang benar, yang wujud sebelum Haikal Sulaiman.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama SamNews20071101
  2. ^ "The Samaritans' Passover sacrifice", Ynetnews, May 2, 2007

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search