Orang Tamil


Tamils
தமிழர்
Pengantin Tamil melakukan upacara 'Metti Anida'
Jumlah penduduk
77 million
Penutur asli, di seluruh dunia
Kawasan ramai penduduk
 India69,026,881 (2011)[1]
 Sri Lanka3,135,770 (2012)[2]
 Malaysia1,800,000[3]
 Amerika Syarikat238,699+[4]
 Kanada237,890 (2021)[5][note 1]
 Singapura198,449 (2020)[6][7][note 2]
OtherLihat Diaspora Tamil
Bahasa
Tamil
Agama
Mayoritas:
Hindu
Minoritas:
Kumpulan etnik berkaitan
Lain-Lain Bangsa Dravida

Page Templat:Kotak info bahasa/styles.css has no content.

தமிழ் (Tamil)
Orangதமிழர் Tamiḻar
Kaumதமிழர்கள் Tamiḻarkaḷ
Bahasaதமிழ் Tamiḻ
Negaraதமிழ்நாடு Tamiḻ Nāṭu
(hist.) தமிழகம் Tamiḻakam
(hist.) ஈழம் Īḻam

Orang Tamil, juga dikenali sebagai Tamilar(Tamil: தமிழர், rumi: Tamiḻar, disebut [t̪amiɻaɾ]dalam bentuk tunggal atau தமிழர்கள், Tamiḻarkaḷ, [t̪amiɻaɾɡaɭ] dalam bentuk jamak), atau ringkasnya Tamil adalah Kumpulan etnolinguistik Bangsa Dravidia yang bertutur Tamil dan keturunan mereka yang berasal terutamanya ke negeri India Selatan di Tamil Nadu, Wilayah Kesatuan Puducherry, dan Sri Lanka[8] Bahasa Tamil adalah salah satu Bahasa klasik yang paling lama bertahan di dunia [9][10]dengan lebih 2000 tahun kesusasteraan Tamil, termasuk puisi Sangam, yang dikarang antara 300 SM dan 300 CE. Orang yang bercakap Tamil dan dilahirkan dalam puak Tamil dianggap Tamil.

Tamil membentuk 5.9% daripada populasi di India (tertumpu terutamanya di Tamil Nadu dan Puducherry), 15% di Sri Lanka (tidak termasuk Eelam Moors), 7% di Malaysia, dan 5% di Singapura.

Dari abad ke-4 SM,[11] pembandaran dan aktiviti perdagangan di sepanjang pantai barat dan timur Tamilakam yang kini dikenali sebagai Kerala dan Tamil Nadu membawa kepada pembangunan empat empayar Tamil yang besar, Chera, Chola, Pandya, dan Pallava.Kerajaan Jaffna, yang didiami oleh Eelam Tamil, pernah menjadi salah satu kerajaan terkuat di Sri Lanka dan menguasai sebahagian besar utara pulau itu.

Orang Tamil terkenal kerana pengaruh mereka terhadap perdagangan serantau di seluruh Lautan Hindi.Artefak yang menandakan kehadiran pedagang Rom menunjukkan bahawa perdagangan langsung aktif antara Rom Purba dan India Selatan, dan Pandya direkodkan telah menghantar sekurang-kurangnya dua kedutaan terus kepada Maharaja Rom Augustus di Rom. Pandyas dan Cholas secara historis aktif di Sri Lanka. Dinasti Chola berjaya menyerang beberapa kawasan di Asia Tenggara, termasuk Srivijaya dan negeri kota Kedah.[12].Persatuan Tamil zaman pertengahan dan organisasi perdagangan seperti Ayyavole dan Manigramam memainkan peranan penting dalam rangkaian perdagangan Asia Tenggara.[13]

Pedagang Pallava dan pemimpin agama mengembara ke Asia Tenggara dan memainkan peranan penting dalam budaya Indianisasi di rantau ini. Askara yang dibawa oleh pedagang Tamil ke Asia Tenggara, seperti Askara Grantha dan Aksara Pallava, mendorong perkembangan banyak askara Asia Tenggara seperti Aksara Khmer, Hanacaraka ,Aksara Kawi,Askara Batak, Aksara Baybayin, dan Abjad Thai.

  1. ^ "Census of India 2011 - LANGUAGE ATLAS - INDIA". censusindia.gov.in.
  2. ^ "Census of Population and Housing of Sri Lanka, 2012 – Table A3: Population by district, ethnic group and sex" (PDF). Department of Census and Statistics, Sri Lanka.
  3. ^ Tamil di Ethnologue (edisi ke-19, 2016) penerbitan capaian tertutup - di belakang sekatan berbayar
  4. ^ ""Commuting Times, Median Rents and Language other than English Use"". Census.gov. 2017-12-07. Dicapai pada 2022-08-03.
  5. ^ Government of Canada, Statistics Canada (2022-08-17). "Knowledge of languages by age and gender: Canada, provinces and territories, census metropolitan areas and census agglomerations with parts". www12.statcan.gc.ca. Dicapai pada 2022-10-12.
  6. ^ "Basic Demographic Characteristics: Table 6 Indian Resident Population by Age Group, Dialect Group and Sex". Census of Population 2010 Statistical Release 1: Demographic Characteristics, Education, Language and Religion. Department of Statistics, Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2013.
  7. ^ General Household Survey 2015 - Department of Statistics, Ministry of Trade & Industry, Republic of Singapore, Web.archive.org
  8. ^ Frank Rennie, Robin Mason, penyunting (December 2008). Bhutan: Ways of Knowing. Information Age Publishing. m/s. 247. ISBN 9781607528241. Tamilians, a group of Dravidians live in the southern state of Tamil Nadu.
  9. ^ Stein, B. (1977), "Circulation and the Historical Geography of Tamil Country", The Journal of Asian Studies, 37 (1): 7–26, doi:10.2307/2053325, JSTOR 2053325, S2CID 144599197
  10. ^ Steever 1998, halaman 6–9
  11. ^ Lal, Mdohan, penyunting (1992). Encyclopaedia of Indian Literature: Sasay to Zorgot. Sahitya Akademi. m/s. 4283.
  12. ^ Nagapattinam to Suvarnadwipa: Reflections on the Chola Naval Expeditions to Southeast Asia by Hermann Kulke, K Kesavapany, Vijay Sakhuja p. 79
  13. ^ The Emporium of the World: Maritime Quanzhou, 1000–1400 by Angela Schottenhammer p. 293


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag <references group="note"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search