Osama bin Laden

Osama Bin Laden
[] Error: {{Lang}}: tiada teks (bantuan)
Based Osama s. 1997-98
KesetiaanAl-Qaeda
PertempuranPerang Soviet di Afghanistan
Perang terhadap Keganasan:

Sheikh Osama Bin Laden (Arab: أسامة بن محمد بن عوض بن لادن,ʾUsāmah bin Muḥammad bin ʿAwaḍ bin Lādin; 10 Mac 1957 – c. 1 Mei 2011[1][2][3][4]) ialah seorang ahli keluarga bin Laden yang kaya-raya dari Arab Saudi dan pengasas pertubuhan jihad al-Qaeda yang bertanggungjawab atas serangan 11 September di Amerika Syarikat dan banyak lagi serangan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam mahupun tentera. Sebagai akibat penglibatannya dan sokongannya kepada jihad pelampau yang menggunakan kekerasan, Osama bin Laden kehilangan kerakyatan Saudi dan tidak diakui lagi sebagai ahli keluarga bin Laden.[5]

Osama bin Laden berada dalam senarai Sepuluh Buronan Paling Dikehendaki dan Pengganas Paling Dikehendaki oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat kerana penglibatannya dalam pengeboman kedutaan-kedutaan negara tersebut pada tahun 1998.[6][7][8]

Sejak tahun 2001, Osama bin Laden dan pertubuhannya menjadi sasaran utama dalam Perang Terhadap Keganasan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat. Bin Laden dan ketua-ketua al-Qaeda yang lain dipercayai bersembunyi berdekatan Kawasan Kabilah Tadbiran Persekutuan di Afghanistan dan Pakistan.

Pada 1 Mei 2011, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan di saluran televisyen kebangsaan bahawa bin Laden telah dibunuh oleh pasukan tempur SEAL Amerika di Abbottabad, Pakistan[3][9] dalam operasi rahsia yang diluluskan oleh Presiden Barack Obama.

  1. ^ "Obituary: Osama Bin Laden". BBC News. 1 Mei 2011.
  2. ^ Kate Zernike (2 Mei 2011). "The Most Wanted Face of Terrorism". The New York Times. Dicapai pada 2 Mei 2011. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ a b "Bin Laden Dead, US Officials Say". The New York Times.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama bbcdead
  5. ^ The Cost Of Being Osama Bin Laden Diterima pada 15 Mac 2011
  6. ^ "FBI Ten Most Wanted Fugitives". FBI.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-03. Dicapai pada 2010-05-26.
  7. ^ Dan Eggen (August 28, 2006). "Bin Laden, Most Wanted For Embassy Bombings?". The Washington Post. Dicapai pada 2010-05-26.
  8. ^ "'Most wanted terrorists' list released". CNN. October 10, 2001. Dicapai pada April 3, 2011.
  9. ^ "Osama bin Laden is dead, Obama announces". The Guardian. May 1, 2011.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search