Dalam kimia, pH merupakan ukuran keasidan dan kealkalian sesuatu larutan yang menyukat kuasa daripada ion-ion unsur hidrogen yang dilepaskan;[1] pH ialah singkatan power of hydrogen ("kuasa hidrogen").[2] Larutan berasid mempunyai pH kurang daripada 7 manakala larutan bes dengan pH lebih daripada 7 bersifat alkali. Air tulen mempunyai pH berdekatan dengan 7.[1]
Skala pH berdasarkan piawaian antarabangsa.[3] Tetapan nilai pH ditentukan berdasarkan kepekatan sel galvanik, yang merupakan perbezaan keupayaan elektrod antara elektrod hidrogen dan elektrod piawanan seperti argentum klorida. pH sesuatu larutan akues diperoleh dengan menggunakan elektrod kaca dan meter pH atau menerusi penunjuk pH.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search