Paksaan

Paksaan (Jawi: ڤقساءن) atau dures (دورس) adalah perbuatan memaksa pihak lain untuk bertindak tanpa rela, dengan menggunakan ancaman, ganjaran, atau ugutan ataupun bentuk lain tekanan atau kekerasan. Tindakan tersebut digunakan untuk menganggu atau campur tangan dalam kebebasan seseorang untuk membuat pilihan, memaksa mangsa untuk bertindak dengan cara yang dikehendaki.[1][2]

Paksaan mungkin fizikal atau mental, melibatkan amang, kesakitan fizikal atau kecederaan psikologi untuk meningkatkan keberkesanan ancaman. Ancaman bahaya kemudian boleh mendorong kerjasama atau pematuhan daripada orang yang dipaksa. Penyeksaan merupakan salah satu contoh pencederaan paksa yang paling ekstrem, iaitu dikenakan sehingga mangsa memberikan maklumat yang dikehendaki.

  1. ^ Kamus undang-undang: bahasa Inggeris - bahasa Melayu (ed. Cet. ketujuh). Shah Alam: Fajar Bakti. 2005. ISBN 978-967-65-2759-2.
  2. ^ Lembaga Penyelidikan Undang-undang, penyunting (2008). Kamus undang-undang. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: International Law Book Services. ISBN 978-967-89-1858-9.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search