Paleosen

Paleosen
Kronologi
Etimologi
Keformalan namaFormal
Nama yang diratifikasi1978
Maklumat kegunaan
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiEpok
Unit stratigrafiSiri
Pertama kali dicadangkan olehWilhelm Philipp Schimper, 1874
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahLapisan kaya dengan iridium yang berkait rapat dengan impak meteorit besar dan peristiwa kepupusan K–Pg[1]
Sempadan bawah GSSPKeratan El Kef, El Kef, Tunisia
36°09′13″N 8°38′55″E / 36.1537°N 8.6486°E / 36.1537; 8.6486[1]
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP1991[1]
Takrif sempadan atasAnomali negatif kuat dari segi nilai-nilai δ13C sewaktu PETM[2]
Sempadan atas GSSPKeratan Dababiya, Luxor, Mesir[2]
25°30′00″N 32°31′52″E / 25.5000°N 32.5311°E / 25.5000; 32.5311
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP2003[2]

Paleosen ialah nama untuk epok geologi yang berlangsung dari kira-kira 66 hingga 56 juta tahun dahulu (jtd). Ia merupakan epok pertama Tempoh Paleogen yang di bawah Era Senozoik. Nama itu merupakan gabungan dua perkataan bahasa Yunani Purba παλαιός palaiós bermaksud "lama" dan epok Eosen (yang menggantikan Paleosen), diterjemahkan kepada "bahagian lama Eosen".

Epok ini terapit di antara dua peristiwa besar dalam sejarah Bumi. Peristiwa kepupusan K–Pg, yang berpunca dari hentaman asteroid (impak Chicxulub) dan mungkin gunung berapi (perangkap Deccan), menandakan permulaan epok Paleosen serta pelenyapan 75% spesies yang melibatkan semua dinosaur bukan unggas. Penghujung zaman itu ditandai dengan Maksimum Suhu Paleosen–Eosen (PETM), yang merupakan peristiwa iklim utama dengan pelepasan kira-kira 2,500–4,500 gigaton karbon ke sistem atmosfera dan sistem lautan, menyebabkan lonjakan suhu global dan pengasidan lautan.

Pada epok Paleosen, benua Hemisfera Utara masih berhubungan melalui beberapa jambatan darat; dan benua Amerika Selatan, benua Antartika, dan benua Australia belum terpisah sepenuhnya. Pergunungan Rocky sedang dinaikkan, benua Amerika belum bercantum, Plat India telah mula bertembung dengan benua Asia, dan Wilayah Igneus Atlantik Utara terbentuk dalam peristiwa bermagma ketiga terbesar dalam 150 juta tahun yang lalu. Di lautan, peredaran termohalin mungkin jauh berbeza daripada apa yang berlaku pada hari ini, dengan penjunaman berlaku di lautan Pasifik Utara bukannya lautan Atlantik Utara, dan ketumpatan air terutamanya dikawal oleh kemasinan dan bukannya suhu.

Peristiwa kepupusan K-Pg menyebabkan pemusinggantian spesies flora dan fauna, dengan spesies yang sebelum ini banyak digantikan dengan spesies yang agak sedikit sebelum ini. Dalam epok Paleosen, dengan suhu purata global kira-kira 24–25 °C (75–77 °F) yang berbanding 14 °C (57 °F) pada masa kini, Bumi mempunyai iklim rumah hijau tanpa kepingan ais kekal di kutub, seperti era Mesozoik sebelumnya. Oleh itu, terdapat hutan di seluruh dunia-termasuk di kutub, namun hutan-hutan tersebut mempunyai kekayaan spesies yang rendah, dan dihuni oleh kebanyakan makhluk kecil yang berkembang pesat untuk memanfaatkan Bumi yang dikosongkan baru-baru ini. Walaupun sesetengah haiwan mencapai saiz yang besar, kebanyakannya kekal agak kecil. Hutan tumbuh agak tebal dengan ketiadaan umum herbivora besar. Mamalia membiak pada epok Paleosen, dan mamalia plasenta dan marsupial terawal direkodkan dari masa ini, tetapi kebanyakan taksa pada epok Paleosen mempunyai pertalian samar-samar. Di lautan, ikan bersirip sinar mendominasi lautan terbuka dan memulihkan ekosistem terumbu.

  1. ^ a b c Molina, Eustoquio; Alegret, Laia; Arenillas, Ignacio; José A. Arz; Gallala, Njoud; Hardenbol, Jan; Katharina von Salis; Steurbaut, Etienne; Vandenberghe, Noel; Dalila Zaghibib-Turki (2006). "The Global Boundary Stratotype Section and Point for the base of the Danian Stage (Paleocene, Paleogene, "Tertiary", Cenozoic) at El Kef, Tunisia – Original definition and revision" (PDF). Episodes. 29 (4): 263–278. doi:10.18814/epiiugs/2006/v29i4/004. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 December 2012. Dicapai pada 14 September 2012.
  2. ^ a b c Aubry, Marie-Pierre; Ouda, Khaled; Dupuis, Christian; William A. Berggren; John A. Van Couvering; Working Group on the Paleocene/Eocene Boundary (2007). "The Global Standard Stratotype-section and Point (GSSP) for the base of the Eocene Series in the Dababiya section (Egypt)" (PDF). Episodes. 30 (4): 271–286. doi:10.18814/epiiugs/2007/v30i4/003.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search