Paleozoik


Paleozoik
Kronologi
Tempoh pada era Paleozoik
lihat • bincang • sunting
-540 —
-520 —
-500 —
-480 —
-460 —
-440 —
-420 —
-400 —
-380 —
-360 —
-340 —
-320 —
-300 —
-280 —
-260 —
-240 —
Skala masa anggaran untuk peristiwa Paleozoik terpenting.
Skala paksi: jutaan tahun dahulu.
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiEra
Unit stratigrafiEratem
Takrif sempadan bawahKewujudan Iknofosil Treptichnus pedum
Sempadan bawah GSSPKeratan Fortune Head, Newfoundland, Kanada
47°04′34″N 55°49′52″W / 47.0762°N 55.8310°W / 47.0762; -55.8310
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP1992
Takrif sempadan atasKewujudan pertama konodon Hindeodus parvus.
Sempadan atas GSSPMeishan, Zhejiang, China
31°04′47″N 119°42′21″E / 31.0798°N 119.7058°E / 31.0798; 119.7058
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP2001

Paleozoik (daripada Bahasa Yunani Purba palaiós (παλαιός), "kuno" and zōḗ (ζωή), "hidup", keseluruhannya membawa maksud "kehidupan kuno"[1][2]) ialah nama untuk era terawal antara tiga era geologi pada Eon Fanerozoik. Ia juga merupakan era yang terlama, bertahan antara 538.8 hingga 251.902 juta tahun dahulu, dan terbahagi kepada 6 tempoh iaitu tempoh Kambria, tempoh Ordovisi, tempoh Silur, tempoh Devon, tempoh Karbon, dan tempoh Perm. Era Paleozoik bermula selepas Era Neoproterozoik, dan Era Mesozoik bermula selepas Era Paleozoik.

Era Paleozoik ialah era yang apabila berlakunya perubahan ketara kepada geologi, cuaca, dan evolusi. Letupan Kambria yang berlaku pada tempoh Kambria menyaksikan kewujudan kepelbagaian hidupan secara mendadak dalam sejarah Bumi, sehingga mewujudkan hampir semua filum moden. Artropoda, moluska, ikan, amfibia, sinapsida dan diapsida semua berevolusi semasa era Paleozoik. Kehidupan bermula di dalam laut, tetapi berpindah secara beransur ke daratan, dan pada akhir era Paleozoik, daratan Bumi telah didominasi oleh pelbagai bentuk hidupan. Hutan besar bertumbuhan primitif melitupi seluruh muka bumi yang banyak daripadanya membentuk dasar arang batu di Eropah dan timur Amerika Utara. Pada penghujung era ini, banyak hidupan diapsida dan sinapsida yang kompleks menjadi dominan dan tumbuhan moden pertama konifer mula wujud.

Era Paleozoik berakhir dengan peristiwa kepupusan yang terbesar dalam sejarah Bumi, peristiwa kepupusan Perm-Trias. Kesan kejadian ini adalah sangat besar apabila ia mengambil masa 30 juta tahun ke dalam Era Mesozoik untuk kehidupan pulih semula.[3] Pemulihan hidupan di dalam laut berkemungkinan berlaku lebih cepat.[4][5]

  1. ^ "Paleozoic". Online Etymology Dictionary.
  2. ^ Nama "Paleozoik" telah dicipta oleh ahli geologi British Adam Sedgwick (1785–1873) dalam: Sedgwick, Adam (1838). "A synopsis of the English series of stratified rocks inferior to the Old Red Sandstone – with an attempt to determine the successive natural groups and formations". Proceedings of the Geological Society of London (dalam bahasa Inggeris). 2 (58): 675–685. Dicapai pada 24 Julai 2020. ; see p. 685.
  3. ^ Sahney, S.; Benton, M.J. (15 Januari 2008). "Recovery from the most profound mass extinction of all time". Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences (dalam bahasa Inggeris) (1636). doi:10.1098/rspb.2007.1370. PMC 2596898. PMID 18198148. Dicapai pada 24 Julai 2020. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)
  4. ^ Lucas Joel (1 November 2018). "How Did Life Recover After Earth's Worst-Ever Mass Extinction?". eos.org (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. Dicapai pada 24 Julai 2020. Eos
  5. ^ "Dead-ammonite bounce, Life recovered from its worst extinction much faster than previously realised" (dalam bahasa Inggeris). The Economist. 5 Julai 2010. Dicapai pada 24 Julai 2020.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search