Palestin (wilayah)

  Sempadan dari wilayah Rom, Syria Palaestina, yang ditanda garis putus hijau menunjukkan sempadan antara Palaestina Prima Byzantine (Sayap Palestin) dan Palaestina Secunda (Sayap Jordan), yang juga dikenali dengan Palaestina Salutaris (kemudiannya dinamakan Lembah Tih dan Jifar)

  Sempadan Palestin Bermandat

  Sempadan wilayah Palestin (Tebing Barat dan Genting Gaza) yang merupakan sempadan Negara Palestin.

Palestin (Bahasa Arab: فلسطين Falasṭīn, Bahasa Ibrani: פלשתינה Palestina) juga disebut bumi Palestin ialah sebuah wilayah geografi di Asia Barat yang meliputi wilayah-wilayah Palestin iaitu Tebing Barat, Genting Gaza dan Palestin yang diduduki atau Israel, dan sebahagian takrif meliputi juga bahagian barat Jordan.

Nama Palestin digunakan oleh penulis Yunani kuno dan ia digunakan menjadi wilayah Syria Palaestina di bawah empayar Rom, Palaestina Prima di bawah empayar Byzantine, dan daerah Jund Filastin di bawah pemerintahan Islam. Wilayah ini meliputi kebanyakan wilayah yang disebut dalam kitab samawi sebagai Tanah Israel (Ibrani: ארץ־ישראל Eretz-Yisra'el), Tanah Suci atau Tanah Yang Dijanjikan, dan menggambarkan bahagian selatan kawasan luas yang dicatatkan seperti Canaan, Syam, Syria dan Levant.

Terletak di pertembungan Mesir, Syria dan Semenanjung Arab, dan menjadi tempat kelahiran bagi ajaran Yahudi dan Kristian, wilayah ini mempunyai sejarah yang menyesakkan bagi agama, kebudayaan, perdagangan dan politik. Ia dikawal oleh banyak pemerintahan, termasuklah Mesir Purba, Kanaan, Bani Israel dan Yahuda, Assyria, Babylonia, Achaemenid, Yunani Purba, Kerajaan Hasmonayim Yahudi, Rom, Parthia, Sasan, Byzantine, Khalifah Rasyidin, Umayyah, Abbasiyah dan Fatimiyah, Tentera salib, Ayyubiyah, Mamluk, Mongol, Uthmaniyah, British, dan negara-negara masa kini seperti Israel, Jordan, Mesir dan Palestin.

Sempadan wilayah ini berubah-ubah mengikut sejarah. Kini secara politiknya ia merangkumi negara-negara Israel dan Palestin.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search