Pancur

Peta Singapura tahun 1825. Pancur berkemungkinan sebuah petempatan yang terletak di dalaman sempadan garisan Lama Singapura (runtuhan tembok lama yang masih kelihatan pada tahun 1825 dan ditandakan pada peta ini) dan di Sungai Singapura

Pancur (Inggeris: Ban Zu; Cina: 班卒; pinyin: Bānzú; Wade–Giles: Pan-tsu) ialah petempatan pelabuhan yang dipercayai berkembang maju di Singapura pada abad ke-14. Menurut beberapa pendapat, petempatan itu terletak di Bukit Larangan (Fort Canning Hill) dan di kawasan utara basin badan Sungai Singapura di antara bukit dan laut. Petempatan ini, sekali dengan Batu Berlayar, telah disebut oleh pengembara Cina, Wang Dayuan dalam karyanya, Daoyi Zhilüe sebagai dua petempatan yang membuat Temasek. Pancur berkemungkinan telah ditinggalkan selepas menghadapi sebuah serangan oleh empayar Siam ataupun Majapahit.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search