Pandemik

Pandemik [pan-dé-mik] (daripada Yunani πᾶν pan "semua" + δῆμος demos "orang") atau wabak besar ialah epidemik penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia merentasi kawasan luas. Ia bukan sahaja merangkumi sesebuah benua, malah boleh merebak ke seluruh dunia. Penyakit endemik meluas yang stabil dari segi berapa ramai orang jatuh sakit akibatnya bukanlah satu pandemik. Selain itu, pandemik selesema tidak termasuk selesema bermusim.

Terdapat pandemik yang pernah melanda umat manusia sepanjang sejarah zaman disebabkan penyakit berjangkit besar seperti cacar dan penyakit batuk kering, malah ada yang memberi kesan sehingga hari ini, misalnya pandemik HIV tahun 1980-an serta pandemik koronavirus 2019-20.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search