Pandemik COVID-19 di Indonesia

Pandemik COVID-19 di Indonesia
Kes per satu juta dari setiap provinsi
Kes disahkan dari setiap provinsi
Kes kematian dari setiap provinsi
Kes sembuh dari setiap provinsi
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiIndonesia
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Kes indeksJakarta
Tarikh ketibaan2 Mac 2020
Kes yang disahkan6,812,127 (3 Julai 2023)[1]
Sembuh6,642,003 (3 Julai 2023)[1]
Kematian
161,879 (3 Julai 2023)[1]
Laman web rasmi
covid19.go.id
covid19.bnpb.go.id
covid19.kemkes.go.id

Pandemik COVID-19 telah disahkan telah tersebar di Indonesia pada 2 Mac 2020.[2][3] Presiden Joko Widodo mengesahkan dua kes koronavirus pertama di negara ini.[4] Menurut Menteri Kesihatan Terawan Agus Putranto, pesakit dijangkiti virus ini dari seorang warga Jepun yang dijangkiti di Depok dan kemudian diuji positif di Malaysia.[2] Kedua-duanya dimasukkan ke hospital (atau "rumah sakit") di Jakarta Utara. Adalah dinasihatkan bahawa sekolah dan kolej memberi cuti amaran kepada pelajar mereka untuk mencegah wabak.[5]

Tambahan 50-70 orang ditahan selepas didapati berhubungan dengan kedua-dua pesakit koronavirus yang disahkan, termasuk mereka yang telah melawat Rumah Sakit Mitra Keluarga Depok, kedua-dua hospital tersebut mengesahkan pesakit yang sebelum ini dimasukkan sebelum dibawa ke hospital Jakarta Utara.[6][7] Pakar-pakar kesihatan bimbang bahawa negara ini tidak dapat mengenal pasti penularan virus.[8]

Setakat 11 Jun 2021, 1,894,025 kes telah disahkan oleh pihak pemerintah Indonesia, terbanyak di Asia Tenggara dengan 106,315 kes aktif, 1,735,144 kes disahkan telah sembuh dan 52,566 kes lainnya diisytiharkan telah meninggal dunia.[9] Semua provinsi di Indonesia telah melaporkan kes disahkan dari wabak ini selepas provinsi Gorontalo menjadi daerah terakhir yang melaporkan kes disahkan pertama dari penyakit ini pada 9 April lepas.

Pulau Jawa saat ini menjadi pusat pandemik dari wabak ini kerana empat dari lima provinsi yang paling terjejas dari wabak tersebut terletak di pulau itu. Kalimantan Timur dan Riau adalah daerah yang terkena dampak paling parah di luar Pulau Jawa.

Daripada melaksanakan penguncian di seluruh negara, pihak pemerintah telah menyetujui pemberlakuan suatu pembatasan sosial berskala besar serata provinsi da pulau negara tersebut iaitu Pembatasan Sosial Berskala Besar (disingkat PSBB). Beberapa daerah sudah menamatkan pemberlakuan PSBB dan mulai menerapkan suatu kenormalan baharu.

  1. ^ a b c "Peta Sebaran". Dicapai pada 3 Julai 2023.
  2. ^ a b "First coronavirus cases confirmed in Indonesia amid fears nation is ill-prepared for outbreak". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2 Mac 2020. Dicapai pada 2 Mac 2020.
  3. ^ Limited, Bangkok Post Public Company. "Indonesia confirms first cases of coronavirus". www.bangkokpost.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mac 020.
  4. ^ "Indonesia catat kes pertama COVID-19". Astro Awani (Dunia). 2 Mac 2020. Dicapai pada 3 Mac 2020. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  5. ^ Mohd Shukri Ishak (2 Mac 2020). "Dua kes COVID-19 pertama disahkan di Indonesia". Bernama. Dicapai pada 3 Mac 2020.
  6. ^ Siret, Mal; Jackson, Patrick (2 Mac 2020). "EU raises virus risk level as deaths worldwide top 3,000". BBC News (dalam bahasa Inggeris) (Coronavirus). BBC News. BBC. Dicapai pada 2 Mac 2020.
  7. ^ Putra, Nanda Perdana (2 Mac 2020). "Wali Kota Depok: 50 Orang Lebih Terindikasi Virus Corona (dalam Bahasa Indonesia)". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia) (Coronavirus). Liputan 6 (local source). Liputan 6. Dicapai pada 2 Mac 2020.
  8. ^ Post, The Jakarta (2 Mac 2020). "Let's not kid ourselves. Indonesia is unlikely to be COVID-19-free. And that's not our biggest problem". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mac 2020.
  9. ^ "Coronavirus Update Worldwide". Worldometer. Dicapai pada 11 Jun 2021.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search