Parlimen Kanada

Parlimen Kanada
ڤرليمن كنادا
Parliament of Canada 🍁 Parlement du Canada
Parlimen Kanada ke-42
Jenis
Jenis
Dewan
Sejarah
Diasaskan1 Julai 1867 (1867-07-01)
Kepimpinan
Elizabeth II
sejak 6 Februari 1952
Julie Payette
sejak 2 Oktober 2017
George Furey, Tidak bersekutu
sejak 3 Disember 2015
Geoff Regan, Liberal
sejak 3 Disember 2015
Justin Trudeau, Liberal
sejak 4 November 2015
Struktur
Ahli
  • 443
  • 338 AP
  • 105 senator
Struktur terkini Senat
Kumpulan politik di Senat
Struktur terkini Dewan Rakyat
Kumpulan politik di Dewan Rakyat
Pilihan raya
Sistem pengundian Senat
Dilantik oleh Gabenor Jeneral dengan nasihat Perdana Menteri
Sistem pengundian Dewan Rakyat
Pilihan raya terakhir Dewan Rakyat
19 Oktober 2015
Tempat persidangan
Blok Tengah
Blok Tengah, Bukit Parlimen
Ottawa, Ontario
Laman sesawang
www.parl.ca
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Parlimen Kanada (Bahasa Inggeris: Parliament of Canada; Bahasa Perancis: Parlement du Canada) ialah badan perundangan persekutuan Kanada yang bertempat di Bukit Parlimen, Ottawa. Badan ini terdiri daripada baginda ratu, yang diwakili oleh wizurai (dikenali sebagai gabenor jeneral); satu dewan pertuanan iaitu Senat dan Dewan Rakyat.[ruj 1] Setiap unsur badan tersebut mempunyai pegawai dan organisasinya yang tersendiri. Dewan Rakyat mempunyai kuasa yang dominan mengikut konvensyen perlembagaan, Senat menyemak semula perundangan berdasarkan sudut pandangan yang tidak berpihak dan baginda Ratu atau wizurai memberikan perkenan diraja untuk menjadikan suatu rang undang-undang itu kepada undang-undang.

Antara peranan gabenor jeneral adalah melantik 105 orang senator dengan nasihat perdana menteri, manakala 338 orang ahli Dewan Rakyat—dipanggil sebagai ahli parlimen (AP)—setiap daripada mereka mewakili satu daerah pilihan raya yang biasanya dikenali sebagai riding dan dipilih secara terus oleh para pengundi Kanada. Gabenor jeneral juga memanggil, memprog atau membubarkan parlimen (baginda ratu juga boleh berbuat demikian), dan ratu boleh memanggil untuk diadakan suatu pilihan raya umum.[ruj 2] Salah seorang daripada mereka juga akan membaca titah ucapan takhta. Parlimen terbaru, yang dipanggil oleh David Johnston pada 2015 adalah yang ke-42 sejak Konfederasi.
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "ruj", tetapi tiada tag <references group="ruj"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search