Parti Bersatu Sabah

Parti Bersatu Sabah
ڤرتي برساتو سابه
Nama Bahasa InggerisUnited Sabah Party
SingkatanPBS
PresidenDatuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
PengerusiDatuk Claudius Alex Sundang
Setiausaha agungDatuk Julita Mojungki
Timbalan Presiden
  • Datuk Dr. Joachim Gunsalam
  • Datuk Dr. Yee Moh Chai
  • Datuk Jahid Jahim
Naib Presiden
  • Datuk Johnny Mositun
  • Hendrus Anding
  • Haji Ruslan Haji Muharam
  • Mursid Mohd Rais
  • Arthur Sen Siong Choo
  • Dr. Joseph Lee Han Khyun
PengasasTan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan
Diasaskan5 Mac 1985
(penubuhan dan mesyuarat pertama)
Didaftarkan5 Mac 1985
(dirasmikan)
Disahkan6 Mac 1985
(pengesahan-diluluskan)
GabunganGabungan pemimpin 1985:
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan
("The Huguan Siou")
Encik Kadoh Agundong
("The Giant Killer")
Datuk Maximus Ongkili
("The Magnificent Captain Winger")
Ibu pejabatPenampang
Kiulu
Kota Kinabalu
Sayap pelajarSayap Pelajar PBS
Sayap beliaPergerakan Belia PBS
Sayap wanitaPergerakan Wanita PBS
Sayap pemudaPergerakan Pemuda PBS
Sayap jentera partiPergerakan Markas PBS
Barisan Kubu PBS
Perikatan Sabah Kinabalu (PERISAI)
Sayap jentera PBS-GRS
Keanggotaan (2022)580,000 (Disember 2022)
Ideologi
AgamaMultireligious / Multiracial (perpaduan kepelbagaian bangsa dan agama)
Penggabungan kebangsaan
Penggabungan antarabangsaPersatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (1995-)
Warna     Biru Terang dan Hijau
Slogan
  • "Bersatu!, Bersatu!, Bersatu!"
    (1985)[1]
  • "Sabah untuk Rakyat Sabah"
    (2019)[2]
Lagu partiBersatu Dalam PBS
Gelaran partiParti Sang Giant Killer
Dewan Negara Malaysia (Parlimen)
0 / 70
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
1 / 222
Dewan Undangan Negeri Sabah
7 / 79
Simbol pilihan raya
Bendera parti

(Bendera rasmi sejak 5 Mac 1985)[3]
Laman sesawang
www.partibersatusabah.org

Parti Bersatu Sabah (bahasa Inggeris: United Sabah Party; singkatan: PBS)[4] ialah sebuah parti politik tempatan pelbagai kaum di Sabah, Malaysia yang ditubuhkan oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada tahun 1985 sebagai bukti kebangkitan rakyat Sabah pada era 80'an. Parti Bersatu Sabah (PBS) adalah parti tempatan Sabah yang paling bersejarah dan tertua di Sabah. Parti ini turut digelar sebagai Parti "Sang Giant Killer" selepas berjaya menumbangkan dua parti terbesar di Sabah ketika itu iaitu USNO dan BERJAYA Sabah. Parti Bersatu Sabah (PBS) merupakan komponen utama bagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sejak tahun 2022.

Parti politik ini pernah menguasai Dewan Undangan Negeri untuk bahagian negeri Sabah pada tahun 1985 sehingga 1994 dengan menewaskan parti gergasi yang ada di Sabah. Parti ini juga menguasai 14 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1990.

Pada tahun 2020, Parti politik tempatan ini telah bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu sebuah gabungan parti-parti tempatan yang mempunyai visi, misi dan ideologi untuk melindungi hak-hak orang asal Sabah dan mengekalkan ketempatan di Sabah serta menyatupadukan rakyat-rakyat di Bawah Bayu. PBS dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memenangi 7 kerusi ADUN Sabah pada PRN Sabah 2020 (berlangsung pada 27 September 2020). Selepas sahaja Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya didaftarkan dan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada Mac 2022, PBS telah menjadi komponen utama rasmi bagi Gabungan Rakyat Sabah.

  1. ^ ""Bersatu! Bersatu! Bersatu!" sudah menjadi satu tanda slogan rasmi dan "trademark" PBS sejak tahun 1985". Parti Bersatu Sabah.
  2. ^ "PBS guna Slogan "Sabah untuk Rakyat Sabah" (2019)". Free Malaysia Today (FMT).
  3. ^ "Bendera rasmi Parti Bersatu Sabah (PBS) akhirnya dikibarkan". Sabah News.
  4. ^ "nama penuh bagi singkatan PBS ialah "Parti Bersatu Sabah" (telah direkod di dalam Dewan Bahasa dan Pustaka)". Dewan Bahasa dan Pustaka.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search