Parti Perikatan

Parti Perikatan
SingkatanAlliance
PengasasTunku Abdul Rahman
Tan Cheng Lock
V. T. Sambanthan
Ditubuhkan1952
Disahkan30 Oktober 1957 (sebagai didaftarkan sepenuhnya)
Dibubarkan1 Januari 1973
Digantikan oleh Barisan Nasional
Ibu pejabatKuala Lumpur
KeanggotaanPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Persatuan Cina Malaysia (MCA)
Kongres India Malaysia (MIC)
IdeologiNasionalisme
Konservatisme
Kedudukan politikSayap kanan
WarnaBiru diraja dan putih
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Parti Perikatan ialah sebuah parti politik Perikatan Malaysia yang dimulakan oleh orang Melayu yang bersatu di bawah presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, untuk satu tujuan, iaitu berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu. Kaum-kaum Cina dan India bergabung dengan orang Melayu serta bergabung dengan Bumiputera Sabah Borneo dan Bumiputera Sarawak untuk tujuan yang sama (Demi Kemerdekaan). Gabungan parti itu menggunakan lambang "Kapal Layar". Parti ini berjaya untuk memperoleh pemerintahan sendiri daripada pihak British dan menjalankan pemerintahan demokrasi sehingga hari ini. Parti ini juga berjaya memperoleh kemerdekaan daripada pihak British untuk Sabah dan Sarawak melalui Parti Perikatan di Sabah iaitu United Sabah National Organisation (USNO), Borneo Utara National Party (BUNAP), United National Kadazan Organisastion (UNKO) dan juga Parti Perikatan di Sarawak iaitu Sarawak National Party (SNAP). Parti Perikatan inilah kemudian bertukar kepada Barisan Nasional (BN) yang merupakan sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya yang kuat, berjaya, dan mempunyai matlamat yang kukuh dan tersendiri. Barisan Nasional (BN) telah memerintah beberapa tahun di Negara Malaysia sehingga ditewaskan (lost seat) pada Tahun 2018, berikutan Pilihan Raya Umum 2018 (General Election 14 - GE14). Selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2018, Gabungan-gabungan Besar di Malaysia telah "terpecah" dan terbahagi dari banyak cabang, kategori, serta cawangan tertentu seperti Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dan Gabungan Warisan Plus (Gabungan Warisan Plus cuma wujud di Sabah, namun presiden gabungan bercadang untuk "melebarkan sayap" ke Peninsular Malaysia dan Sarawak). Walaubagaimanapun, Barisan Nasional (BN) masih bertanding dan masih mempunyai kerusi yang banyak di Malaysia walaupun sudah tidak menjadi Kerusi Majoriti di Malaysia.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search