Parti Rakyat Pakistan

Parti Rakyat Pakistan
پاکستان پیپلز پارٹی
PemimpinBilawal Bhutto Zardari dan Asif Ali Zardari
Ditubuhkan1967
Ibu pejabatCentral Secretariat
Parliament Lodges
Islamabad, Pakistan
IdeologiDemokrasi sosial
Penggabungan antarabangsaSosialis Antarabangsa
Laman sesawang
www.ppp.org.pk

Parti Rakyat Pakistan (Inggeris: Pakistan Peoples Party, Urdu: پاکستان پیپلز پارٹی): ialah sebuah parti politik bersayap tengah-kiri di Pakistan yang bergabung dengan pertubuhan Sosialis Antarabangsa. Pengerusinya yang lalu ialah Benazir Bhutto yang dibunuh pada 27 Disember 2007.

Parti ini ditubuhkan pada 30 November 1967 dan Zulfikar Ali Bhutto menjadi pengerusinya yang pertama. Pegangan parti ini ialah: "Islam keimanan kita; demokrasi politik kita; sosialisme ekonomi kita; segala kuasa untuk rakyat."

Parti Rakyat Pakistan diangap sebagai parti yang lebih liberal dari parti-parti politik yang lain dan terkenal sebagai parti yang berjuang untuk hak wanita dan hak untuk orang-orang miskin, kaum minoriti dan golongan mereka yang ditindas.

Sokongan untuk parti ini berpusat di wilayah selatan Sindh. Ia juga menerima sokongan kuat dari mereka yang berasal dari wilayah Punjab.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search