Pasukan udara tentera laut

Latihan mengikat tali dari helikopter MH-60S Seahawk, di atas USS George H.W. Bush

Pasukan udara tentera laut atau penerbangan tentera laut ialah aplikasi kuasa udara tentera oleh tentera laut, samada dari kapal perang yang melancarkan kapal terbang, atau pangkalan darat.

Sebaliknya, penerbangan maritim ialah operasi pesawat dalam peranan maritim, dibawah pemerintahan bukan tentera laut seperti tentera udara (contohnya bekas Pasukan Pantai RAF) atau pengawal pantai. Melainkan Pengawal Pantai Amerika Syarikat, yang dianggap sebahagian daripada penerbangan tentera laut A.S. Di samping itu, Kor Marin Amerika Syarikat ialah sebahagian daripada Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dan salah satu pasukan lautnya, pasukan pesawat dan anggota penerbangan juga dianggap sebahagian daripada penerbangan tentera laut A.S., samada berpangkalan di laut atau di darat.

Pasukan udara tentera laut biasanya digerakkan ke posisi yang berdekatan sasaran dengan menggunakan kapal pengangkut pesawat (kapal induk). Pesawat atas kapal induk mesti cukup kuat untuk bertahan daripada permintaan operasi kapal induk. Pesawat mesti berupaya untuk dilancarkan pada jarak yang singkat dan cukup kuat dan fleksibel untuk berhenti secara tiba-tiba di atas dek landasan yang tidak stabil; pesawat biasanya mempunyai mekanisme kepak lipat yang membolehkan banyak pesawat disimpan di hangar bawah dek dan ruang kecil di atas dek landasan. Pesawat ini direka pelbagai guna, termasuk pertempuran udara ke udara, serangan permukaan laut, serangan kapal selam, mencari dan menyelamat, pengangkut material, peninjau cuaca, rekonaisans dan markas kawasan luas dan kawalan tugas.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search