Paus Fransiskus

Paus Franciscus
Francesco / Francisco
Francis / Fransiskus
Mula Menjawat13 Mac 2013
PendahuluBenedictus XVI
Perintah
Ditahbiskan13 Disember 1969
Konsekrasi27 Jun 1992
Menjadi Kardinal21 Februari 2001
Butiran peribadi
Nama lahirJorge Mario Bergoglio
Kelahiran (1936-12-17) 17 Disember 1936 (umur 87)
Buenos Aires, Argentina
WarganegaraArgentina
MotoMiserando atque eligendo
("Dengan belas kasihan dan memilih")[1]
Gelaran kepausan
Paus Franciscus
Rujukan gelaranHis Holiness
Gaya percakapanYour Holiness
Gaya keagamaanBapa Suci

Paus Franciscus (Itali: Francesco, Sepanyol: Francisco, bahasa Inggeris: Francis, Melayu: Fransiskus[2]; lahir Jorge Mario Bergoglio; 17 Disember 1936) ialah ketua Gereja Roman Katolik yang ke-266. Anak watan Buenos Aires, Argentina ini ditahbiskan sebagai paderi pada tahun 1969. Pada tahun 1998, beliau menjadi Ketua Uskup Buenos Aires, dan pada 2001 beliau menjadi kardinal. Terpilih sebagai paus pada tahun 2013 ekoran perletakan jawatan Paus Benedictus XVI, Bergoglio memilih nama "Francis" sebagai nama gelarannya. Inilah kali pertama dalam sejarah paus yang menggunakna nama Francis. Beliau merupakan paderi Persatuan Jesus dan anak watan benua Amerika pertama yang dilantik sebagai Paus, dan juga orang bukan Eropah pertama yang sejak abad ke-8 M.

  1. ^ Cogan kata ini dipetik dari satu khutbah oleh Bede: "Vidit ergo Iesus publicanum, et quia miserando atque eligendo vidit, ait illi, Sequere me." "Yesus menatap pengutip cukai, dan oleh sebab baginda memandang dengan belas kasihan dan memilih, berkata padanya, 'Ikut hamba.'" preso da: Miserando atque eligendo: il motto di Papa Francesco.
  2. ^ Contoh pengunaan: Herald Malaysia - sumber berita ehwal gereja untuk umat Kristian penutur bahasa Melayu spt di Sabah &Sarawak

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search