Paya

Sebuah paya di Rudziensk, Belarus.

Paya (Jawi: ڤايا)[1] atau rawa (Jawi: راوا)[2] merupakan bentuk muka bumi yang menggenangkan air secara terus-menerus atau bermusim akibat parit yang terbantut pengalirannya dibentuk secara semulajadi serta mempunyai ciri-ciri khusus secara fizik, kimia dan biologi. Definisi yang lain dari paya adalah semua jenis tanah berlumpur diperbuat secara semulajadi atau buatan manusia dengan campuran air tawar dan air laut baik kekal atau sementara, termasuk kawasan laut yang dalam kurang daripada 6m semasa air surut.

Paya mempunyai nutrien yang memperkayakan ekologi penuh membolehkan hidupnya pelbagai jenis makhluk hidup. Ia juga berfungsi sebagai "pembersih semula jadi" mencegah pencemaran alam sekitar. Maka, paya dianggap mempunyai nilai tinggi dari segi ekonomi, budaya, dan persekitaran sehingga persekitarannya harus tetap dijaga kelestariannya disebabkan aspek tersebut.

  1. ^ Lihat:
    • "paya". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "paya". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016.
  2. ^ "rawa". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search