Pembahagian Korea

Semenanjung Korea yang dibahagikan kepada dua melalui selarian ke-38 utara, kemudiannya dipisahkan oleh garisan penandaan.

Pembahagian Korea kepada Korea Utara dan Korea Selatan bermula pada tahun 1945 apabila pihak Berikat menang dalam Perang Dunia Kedua yang mengakhiri pemerintahan tentera Empayar Jepun selama 35 tahun di Korea. Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet bersetuju untuk menduduki secara sementara di Korea sebagai suatu amanah dengan zon kawalan yang ditanda sepanjang selarian ke-38. Tujuan peramanahan ini adalah untuk membentuk kerajaan sementara Korea yang akan menjadi "bebas dan merdeka dalam masa terdekat."[1]

Pihak Kesatuan Soviet enggan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang telah merancang suatu pilihan raya umum di kedua-dua zon Korea. Akhirnya, sebuah negara komunis yang kekal telah tertubuh dengan naungan Soviet di bahagian utara dan negara yang berpihak kepada Barat pula tertubuh di bahagian selatan.[2] Kedua-dua kuasa besar yang disokong oleh pemimpin dan negara yang berbeza telah menuntut kedaulatan ke atas seluruh semenanjung Korea.

Perang Korea yang terjadi pada 1950 hingga 1953, meninggalkan kedua-dua Korea yang dipisahkan oleh Zon Bebas Tentera Korea semasa Perang Dingin sehingga 2010-an.


  1. ^ Savada, Andrea Matles; Shaw, William, penyunting (1990), "World War II and Korea", South Korea: A Country Study, GPO, Washington D.C.: Perpustakaan Kongres.
  2. ^ http://www.onwar.com/aced/chrono/c1900s/yr50/fkorean1950.htm

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search