Pembangunan ubat COVID-19 ialah proses penyelidikan untuk membangunkan ubat yang akan mengurangkan gejala yang diakibatkan oleh Koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (COVID-19). Dari awal 2020 sehingga 2021, ratusan syarikat farmaseutikal, lembaga bioteknologi, kumpulan penyelidikan universiti, dan pelbagai pertubuhan kesihatan laini membangunkan beberapa calon ubat COVID-19 yang kini sedang berada pada berbagai fasa uji praklinikal mahupun klinikal (dengan jumlah 682 calon pada Mac 2021).[1] Dengan 411 diantaranya berada pada fasa uji klinikal.[2]
Pembangunan ubat ialah proses yang memiliki beberapa tahap. Biasanya, untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan tersebut, memerlukan waktu minima lima tahun.[3] Namun, dengan adanya pandemik, beberapa badan pengatur nasional, seperti EMA dan FDA, menyetujui prosedur untuk mempercepat pengujian klinikal.[4] Pada Mac 2021, ubat-ubatan berpotensi berada dalam tahap akhir ujian pada manusia, iaitu sudah berada pada uji klinikal Fasa III-IV.[5][6][7]
Sejak awal Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan beberapa pertubuhan lain menyelaraskan industri dan akademik untuk mempercepatkan proses pembangunan ubat. Pada Mac 2020, WHO memulakan "Ujian Solidariti" di 10 negara. Ujian ini menguji empat senyawa antivirus yang memiliki potensi terbaik untuk diuji kepada ratusan peserta ujian yang dijangkiti COVID-19.[8]
|layurl=
ignored (bantuan)
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search