Pembasmian kaum

Pembasmian kaum (Jawi: ڤمبسمين قوم, juga genosid) ialah satu bentuk jenayah yang bertujuan untuk menghapuskan kewujudan sesuatu kelompok manusia.[a] Pada lazimnya istilah ini merujuk kepada tindakan pembasmian kaum tertentu yang terancang dan berorganisasi.

Pada tahun 1948, Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendefinisikan pembasmian kaum sebagai mana-mana daripada lima "perbuatan yang dilakukan dengan niat untuk memusnahkan, sama ada sepenuhnya atau sebahagian, kelompok bangsa, etnik, kaum atau agama". Lima perbuatan ini ialah: membunuh ahli kelompok, menyebabkan mereka cedera parah secara fizikal atau mental, menyebabkan beban kehidupan yang bertujuan untuk memusnahkan kelompok itu, menghalang kelahiran, dan memindahkan kanak-kanak keluar dari kelompok tersebut secara paksa. Mangsa disasarkan kerana keahlian mereka—tidak mengira jika ia sahih atau hanya nampak begitu—dengan suatu kelompok, bukan secara rawak.[1]

Pasukan Tugas Ketidakstabilan Politik menganggarkan bahawa terdapat 43 genosid yang berlaku antara tahun 1956 hingga 2016, menyebabkan kira-kira 50 juta kematian.[2] UNHCR menganggarkan bahawa sekitar 50 juta orang telah dipindahkan akibat episod keganasan sebegini sehingga tahun 2008.[2] Genosid, terutamanya genosid berskala besar, dianggap secara meluas sebagai tahap kejahatan manusia yang terparah.[3] Sebagai satu label, ia kontroversial kerana ia bersifat moralistik,[4] dan telah digunakan sebagai jenis kategori moral sejak akhir tahun 1990-an.[5]

Istilah "genosid" juga boleh dilanjutkan ke dalam konteks budaya ("genosid budaya") yang merujuk kepada sesuatu tindakan menghapuskan sesuatu peradaban dengan melarang penggunaan bahasa daripada sesebuah kelompok atau suku, mengubah atau menghancurkan sejarahnya atau menghancurkan simbol-simbol peradabannya.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ United Nations (2014). "Office of the UN Special Adviser on the Prevention of Genocide (OSAPG)" (PDF). Voice of America. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 30 Januari 2016.
  2. ^ a b Anderton, Charles H.; Brauer, Jurgen, penyunting (2016). Economic Aspects of Genocides, Other Mass Atrocities, and Their Prevention. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-937829-6.
  3. ^ Towner 2011, halaman 625–638; Lang 2005, halaman 5–17: "Dalam mana-mana senarai jenayah atau kekejaman, sukar untuk menamakan suatu tindakan atau peristiwa yang dianggap lebih keji. Genosid boleh dikatakan kini muncul sebagai kesalahan yang paling serius dalam senarai pelanggaran moral atau undang-undang manusia yang panjang—dan, seperti yang kita ketahui, masih berkembang."; Gerlach 2010, halaman 6: "Genosid ialah model berorientasikan tindakan yang direka untuk pengutukan, pencegahan, campur tangan atau hukuman moral. Dengan kata lain, genosid ialah konsep normatif berorientasikan tindakan yang dibuat untuk perjuangan politik, tetapi bagi menjadikannya berkesan, ia membawa kepada pemudahan, dengan tumpuan pada dasar kerajaan."; Hollander 2012, halaman 149–189: "... genosid telah menjadi penanda aras, standard emas untuk mengenal pasti dan mengukur kejahatan politik pada zaman kita. Label 'genosid' memberikan pengiktirafan moral kepada mangsanya dan pengutukan yang tidak dapat dipertikaikan kepada pelakunya."
  4. ^ Göçek, Fatma Müge (2015). Denial of Violence: Ottoman Past, Turkish Present and Collective Violence Against the Armenians, 1789–2009. Oxford University Press. m/s. 18–19. ISBN 978-0-19-933420-9. Istilah 'genosid' juga berkontroversi kerana ia mempunyai pertimbangan moral yang melekat, mengutamakan prinsip moral mangsa berbanding pelaku.
  5. ^ Irvin-Erickson, Douglas (2017). Raphael Lemkin and the Concept of Genocide. University of Pennsylvania Press. m/s. 2. ISBN 978-0-8122-4864-7. Pada akhir 1990-an, perkataan 'genosid' mula digunakan sebagai sejenis kategori moral, menjadi sekadar simbol jenayah segala jenayah, kezaliman kemanusiaan yang paling gelap.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search