Pembunuhan Shinzo Abe

Pembunuhan Shinzo Abe
Abe pada Mac 2022
Map
Map
LokasiBerhampiran Stesen Yamato-Saidaiji, Nara, Wilayah Nara, Jepun
Koordinat34°41′39″N 135°47′02″E / 34.69406°N 135.78392°E / 34.69406; 135.78392
Tarikh8 Julai 2022 (2022-07-08)
s. 11:30 JST (UTC+09:00)
SasaranShinzo Abe
Jenis serangan
Pembunuhan dengan penembakan
SenjataSenjata api buatan sendiri[1][a]
Kematian1 (Shinzo Abe)
PelakuTetsuya Yamagami Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada 8 Julai 2022, Shinzo Abe, bekas Perdana Menteri Jepun dan ahli Dewan Perwakilan yang sedang berkhidmat, telah dibunuh ketika berucap pada majlis politik di luar Stesen Yamato-Saidaiji di bandar Nara, Wilayah Nara, Jepun.[2][3][4] Pada kira-kira jam 11:30 pagi JST (UTC+9), ketika sedang menyampaikan ucapan kempen untuk calon Parti Demokratik Liberal, Abe telah ditembak dari belakang pada jarak dekat oleh senjata api buatan sendiri.[1] Abe kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Perubatan Nara menggunakan sebuah helikopter perubatan, di mana beliau disahkan meninggal dunia.[5]

Seorang suspek, Tetsuya Yamagami, ditahan di tempat kejadian kerana cubaan membunuh, yang kemudiannya ditahan atas tuduhan pembunuhan selepas kematian Abe. Yamagami memberitahu penyiasat bahawa beliau menyimpan dendam terhadap Gereja Penyatuan (Unification Church) atas kemuflisan ibunya dan menembak Abe kerana percaya bahawa beliau rapat dengan kumpulan itu. Beliau menuduh Abe menyebarkan pengaruh gereja di Jepun.

Pemimpin dari banyak negara memuji pencapaian Abe sambil menzahirkan rasa terkejut dan sedih atas kematiannya.[6] Pembunuhan beliau adalah yang pertama dari bekas perdana menteri Jepun sejak Saitō Makoto dan Takahashi Korekiyo semasa Insiden 26 Februari pada tahun 1936.

  1. ^ a b Kim, Chang-Ran (8 Julai 2022). "Shinzo Abe shot while making election speech in Japan". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  2. ^ "Man taken into custody after former Japanese PM Abe Shinzo collapses". NHK World. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  3. ^ "Former Japanese PM Abe Shinzo showing no vital signs after apparently being shot". NHK World (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  4. ^ "Former Japanese PM Shinzo Abe shot dead". CNN. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  5. ^ "安倍氏は午後5時3分に死亡確認" [Mr. Abe confirmed dead at 5:03pm] (dalam bahasa Jepun). Kyodo News. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  6. ^ "Reactions to Shinzo Abe shooting". Reuters. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search