Pencetakan

Pencetakan merupakan proses penghasilan semula teks dan imej yang lazimnya dilakukan dengan menggunakan mesin cetak yang mengenakan dakwat ke atas kertas. Pencetakan lazimnya dijalankan sebagai proses industri besar-besaran serta merupakan bahagian penting dalam bidang penerbitan dan persuratan urus niaga.

Bentuk pencetakan yang terawal ialah pencetakan bongkah kayu dengan wujudnya contoh-contoh dari negara China bertarikh sebelum tahun 220 M[1] dan juga Mesir sekitar abad keempat. Antara perkembangan lanjut dalam pencetakan termasuklah taip cerai yang dicipta oleh Bi Sheng di China,[2] serta mesin cetak yang lebih cekap untuk bahasa-bahasa barat yang hurufnya lebih terhad.[3] Pencetakan surat buku Melayu diperluaskan oleh William Milne dari Persatuan Mubaligh London yang mengajarkan cara menggunakan mesin cetak batu kepada Munsyi Abdullah di Melaka pada tahun 1817.[4]

  1. ^ Shelagh Vainker in Anne Farrer (ed), "Caves of the Thousand Buddhas", 1990, British Museum publications, ISBN 0-7141-1447-2
  2. ^ "Great Chinese Inventions". Minnesota-china.com. Dicapai pada July 29, 2010.
  3. ^ Rees, Fran. Johannes Gutenberg: Inventor of the Printing Press
  4. ^ Hadijah Rahmat; Azhar Ibrahim Alwee; Juffri Supa’at; Muhammad Andi Mohammed Zulkepli; Mukhlis Abu Bakar; Mohd Raman Daud; Sa’eda Buang, penyunting (2015). Yang Terukir: Bahasa dan Persuratan Melayu: Sempena 50 Tahun Kemerdekaan Singapura (PDF). Stamford Court: Majlis Bahasa Melayu Singapura & Bizmedia Publishing. m/s. 74. ISBN 978-981-09-6483-2. OCLC 915156596.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search