Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia

Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia
Kehilangan
Tarikh8 Mac 2014 (2014-03-08)
RingkasanHilang di laut, namun serpihan sayap (flaperon) dijumpai
Tapak kejadianSelatan Lautan Hindi (diandaikan)
Pesawat
Jenis pesawatBoeing 777-200ER
PengendaliPenerbangan Malaysia
Kod pendaftaran9M-MRO
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia
DestinasiLapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing, China
Penumpang227
Anak kapal12
KematianDiandaikan 239 (semua)
TerselamatBelum Diketahui

Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia (dikenali sebagai MH 370 atau MAS 370)[a] ialah sebuah penerbangan penumpang berjadual dari Kuala Lumpur, Malaysia, ke Beijing, China.[1] Pada 8 Mac 2014, Malaysia Airlines yang mengendalikan penerbangan ini melaporkan kehilangan pesawat selepas 38 minit dari perhubungan terakhir dengan menara kawalan. Pesawat itu hilang dari skrin radar ATC tetapi dikesan oleh radar tentera satu jam kemudiannya, menyimpang ke arah barat dari laluan penerbangan yang dirancang, menyeberangi Semenanjung Malaysia dan Laut Andaman. Ia berada pada jarak 200 batu nautika, (370 km) di barat laut Pulau Pinang, barat laut Semenanjung Malaysia. Semua 227 penumpang dan 12 anak kapal dianggap terkorban. Kehilangan Penerbangan 370 adalah insiden paling tragik yang melibatkan pesawat Boeing 777 dan yang paling tragik dalam sejarah Malaysia Airlines sehingga ia melangkaui insiden Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia, yang ditembak jatuh ketika terbang ke timur Ukraine yang dilanda konflik empat bulan kemudian. Kerugian gabungan tersebut menyebabkan masalah kewangan yang besar bagi Malaysia Airlines, yang kemudiannya diambil alih oleh kerajaan Malaysia pada bulan Disember 2014.

Usaha awal pencarian dan penyelamatan bersama meliputi keluasan 30,000 km2 (12,000 bt2) di Teluk Thailand[2] dan Laut China Selatan,[3] (yang dikatakan terbesar dalam sejarah[4]) telah dijalankan oleh sebelas buah negara. Sejumlah 34 buah pesawat dan 40 buah kapal terlibat dalam usaha ini.[5][6][7][8] Kawasan pencarian kemudian diperluas ke Selat Melaka dan Laut Andaman.[5][6][7] Pada 15 Mac, selepas laporan media bahawa penyiasat A.S. percaya pesawat tersebut berpatah balik ke barat melintasi Semenanjung Malaysia selepas kawalan trafik udara terputus hubungan dan sebuah satelit terus menerima "dencing" dari pesawat,[9][10][11] usaha pencarian diperluaskan lagi ke Lautan hindi. Sehingga 18 Mac, 26 negara telah terbabit dalam usaha itu.

Pada 20 Mac, satu siri imej satelit yang menunjukkan potensi serpihan pesawat di Lautan Hindi di selatan barat daya Australia mendorong peningkatan aktiviti carian di kawasan itu.[12] Serpihan lanjut dikesan di kawasan itu oleh pesawat tentera Australia dan China pada 24 Mac.[13] Walau bagaimanapun kedudukan pesawat itu masih tidak diketahui, mendorong pada 24 Mac, pegawai Penerbangan Malaysia dan kerajaan Malaysia melahirkan kepercayaan mereka bahawa pesawat tersebut telah berakhir di selatan Lautan Hindi dengan tiada yang terselamat, berdasarkan analisis 'tiada tandingan' oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom dan syarikat satelit Inmarsat.[14][15][16]

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama USAToday_2014-03-08
  2. ^ "One of the busiest ocean highways in the world, the Straits of Malacca connect the Bay of Bengal to the South China Sea". Amritt.com.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 20140310cbcnews
  4. ^ Neuman, Scott. "Search For Flight MH370 Reportedly Largest in History". The Two-way. Dicapai pada 19 Mac 2014.
  5. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 20140310indie
  6. ^ a b Grudgings, Stuart. "Malaysia Airlines plane crashes in South China Sea with 239 people aboard: report". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-08. Dicapai pada 9 Mac 2014.
  7. ^ a b Tasnim Lokman (9 Mac 2013). "MISSING MH370: Indonesia helps in search for airliner". New Straits Times. Dicapai pada 11 Mac 2014.
  8. ^ "Vietnam Navy says Malaysia Airlines plane crashes off Tho Chu Island". Tuoi Tre News. 8 Mac 2014. Dicapai pada 9 Mac 2014.
  9. ^ Andy Pasztor (12 Mac 2014), Missing Airplane Flew On for Hours The Wall Street Journal.
  10. ^ Bob Orr (13 Mac 2014), Did Malaysian plane fly toward Indian Ocean after last contact? CBS News.
  11. ^ Malaysian PM's full statement The Guardian 15 Mac 2014
  12. ^ "Missing Malaysia Airlines plane: Debris found in search for MH370, says Australian Prime Minister Tony Abbott". The Sydney Morning Herald. 20 Mac 2014. Dicapai pada 20 Mac 2014.
  13. ^ Pearson, Michael; Mullen, Jethro. "Flight 370 passenger's relative: 'All lives are lost'". CNN. Dicapai pada 24 Mac 2014.
  14. ^ Branigan, Tania (24 Mac 2014). "Missing flight MH370 lost in southern Indian Ocean, says Malaysian PM". The Guardian. Dicapai pada 24 Mac 2014.
  15. ^ "Malaysian prime minister: Missing flight MH370 'ended in Indian Ocean and no one on board survived'". Metro.co.uk. 24 Mac 2014. Dicapai pada 24 Mac 2014.
  16. ^ Sevastopulo, Demetri (24 Mac 2014). "Malaysia says data indicate MH370 crashed into the Indian Ocean". Financial Times. Dicapai pada 24 Mac 2014.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search