Pengangkutan

Pengangkutan (Jawi: ڤڠڠكوتن; bahasa Inggeris: Transport) merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagiaan bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa, dan lain-lain. Antara pembahagiaan yang biasa ialah seperti di bawah:-

  • Pengangkutan darat
  • Pengangkutan laut
  • Pengangkutan udara

Jenis pengangkutan juga dikira seperti :-

  • Pengangkutan manusia
  • Pengangkutan kargo

Contoh-contoh bentuk pengangkutan ialah kapal terbang, kapal, kereta dan kereta api.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search