Pengurusan rangkaian

Pengurusan rangkaian ialah kaedah dan proses mengawal dan menyenggara satu sistem rangkaian yang kompleks ke tahap maksimum kecekapan dan produktiviti. Matlamat keseluruhan pengurusan rangkaian adalah untuk memastikan data dihantar dengan kecekapan maksimum dan telus kepada pengguna.

Pengurusan rangkaian meliputi kawasan luas termasuk:

  • Keselamatan: Memastikan rangkaian dilindungi daripada pengguna tidak sah.
  • Prestasi: Menyingkirkan cerutan dalam rangkaian.
  • Kebolehpercayaan: Memastikan rangkaian tersedia kepada pengguna dan bertindak balas ke atas kegagalan perkakasan/perisian.

Fungsi pengurus rangkaian:

  • Pemerhati: Memantau rangkaian
  • Pengurus: Mengawal rangkaian
  • Pendiagnosis: Menyelesai kesalahan/kerosakan dan masalah
  • Ahli statistik: Menghasilkan laporan statistik rangkaian

Rangkaian perlu diuruskan kerana:

  1. Urusan kerja lebih bergantung kepada rangkaian
  2. Rangkaian lebih kompleks berbanding dulu
  3. Penggunaan rangkaian lebih nampak ketara berbanding sebelumnya
  4. Rangkaian terdedah kepada ancaman komputer
  5. Masalah merekrut dan mengekalkan pekerja yang bagus
  6. Memastikan rangkaian sentiasa berfungsi dengan baik
  7. Pematuhan SLA – Ketersediaan, kebolehpercayaan, masa tindakbalas, daya pemprosesan
  8. Tahu bila perlu naiktaraf – penggunaan lebar jalur terlalu tinggi
  9. Menyimpan perubahan jejak audit – Mudah mencari punca masalah yang disebabkan perubahan naiktaraf & konfigurasi

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search