Kempen Sicily | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Kempen Itali dalam Perang Dunia II | |||||||
Peta pendaratan tentera amfibia Bersekutu di Sicily, 10 Julai 1943, sebagai sebahagian daripada Operasi Husky. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Pihak Bersekutu: United Kingdom Amerika Syarikat Kanada Perancis Bebas[1] |
Kuasa Paksi: Itali Jerman Nazi | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Dwight D. Eisenhower Harold Alexander Bernard Montgomery George S. Patton Arthur Tedder Andrew Cunningham |
Alfredo Guzzoni Rodolfo Graziani Albert Kesselring Fridolin von Senger und Etterlin Hans-Valentin Hube | ||||||
Kekuatan | |||||||
Awal kekuatan: 160,000 anggota 14,000 kenderaan 600 kereta kebal 1,800 meriam[2] Puncak kekuatan: 467,000 anggota[3] |
252,000 anggota Itali[4][5] 40,000–60,000 anggota Jerman [3][6] 260 kereta kebal 1,400 pesawat[7] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
United Kingdom dan Kanada:[8] 2,811 terbunuh 6,471 cedera 686 hilang |
Itali:[9] 4,325 terbunuh 13,500 cedera 10,106 hilang/POW |
Penyerbuan Bersekutu ke atas Sicily, nama kod Operasi Husky, adalah sebuah kempen besar Perang Dunia II, yang mana pihak Bersekutu menawan pulau Sicily daripada kuasa Paksi (Itali dan Nazi Jerman). Ia bermula dengan operasi amfibia dan airborne yang besar, diikuti oleh kempen darat selama enam minggu, dan memulakan Kempen Itali.
Husky bermula pada malam 9/10 Julai 1943, dan berakhir pada 17 Ogos. Secara strategiknya, Husky mencapai sasaran yang ditetapkan oleh para perancang Bersekutu; pihak Sekutu menghalau angkatan udara, darat dan laut Paksi daripada pulau itu dan jalan laut Mediterranean telah dibuka untuk kapal-kapal dagang Sekutu buat pertama kalinya sejak tahun 1941. Pemimpin Itali, Benito Mussolini, telah digulingkan dari tampuk kuasa di Itali dan laluan dibuka untuk penyerbuan Bersekutu ke atas Itali. Pemimpin Jerman, Adolf Hitler, "membatalkan satu ofensif besar di Kursk hanya selepas seminggu, sebahagiannya untuk mengalihkan bala tentera ke Itali," mengakibatkan kekuatan Jerman berkurangan di Barisan Timur.[10]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search