Peralihan kod

Dalam bidang linguistik, peralihan kod merupakan penggunaan lebih daripada satu bahasa, atau gaya bahasa, dalam perbualan. Pengguna berbilang bahasa - orang yang boleh bertutur lebih daripada satu bahasa - ada kalanya menggunakan unsur berbilang bahasa semasa perbualan. Oleh itu, peralihan kod ialah penggunaan lebih daripada satu variasi linguistik dalam gaya yang konsisten dengan sintaks dan fonologi bagi setiap variasi.

Peralihan kod adalah berbeza daripada fenomena pertembungan bahasa yang lain, seperti pinjaman, pijin dan kreol, pinjam terjemah, dan pemindahan bahasa (antara muka bahasa). Penutur membentuk bahasa pijin apabila lebih daripada dua penutur yang tidak bertutur dalam bahasa yang sama membentuk bahasa pertengahan ketiga. Sementara itu, penutur mengamalkan peralihan kod apabila mereka fasih dalam kedua-dua bahasa.

Pada tahun 1940an dan 1950an kebanyakan sarjana menganggap amalan beralih kod sebagai penggunaan bahasa di bawah piawai serta boleh merosakkan bahasa.[1] Namun, sejak tahun 1980an, kebanyakan sarjana mula mengakui amalan tersebut sebagai hasil penggunaan berbilang bahasa yang lumrah dan biasa.[2]

  1. ^ Weinreich, Uriel (1953). Languages in Contact. The Hague: Mouton.
  2. ^ Goldstein, B. (2005). "Speech, language and hearing in developing bilingual children: Current findings and future directions". Language, Speech and Hearing services in Schools. 36: 264–67. doi:10.1044/0161-1461(2005/026). Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
    • Gutierrez-Clellen, V. (1999). "Language choice in intervention with bilingual children". American Journal of Speech-Language Pathology. 8: 291–302.
    • Kohnert, K. (2005). "Intervention with linguistically diverse preschool children: A focus on developing home languages(s)". Language, Speech and Hearing Services in Schools. 36: 251–63. doi:10.1044/0161-1461(2005/025). Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search