Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua

Arah jam dari kiri-atas: Tentera-tentera di padang pasir;. Orang awam ditanam hidup-hidup oleh tentera Jepun di Nanjing; tentera-tentera yang berperang semasa serangan pada musim sejuk; Kapal terbang Jepun di atas kapal pengangkut sedia untuk berlepas; tentera Soviet bertempur di Berlin; serangan ke atas kapal selam Jerman Nazi.
Tarikh1 September 1939 – 2 September 1945
(6 tahun, 1 hari)
Lokasi
Keputusan

Kemenangan Kuasa Bersekutu.

Pihak yang terlibat

Kuasa Bersekutu:
 United Kingdom
 Amerika Syarikat
 Kesatuan Soviet
China


 Perancis
 Poland
 Australia
 Kanada
Yunani Greece
 Yugoslavia
 New Zealand
 Brazil

...dan lain-lain

Kuasa Paksi:
 Jerman Nazi
 Jepun

 Itali

 Hungary
 Romania
 Bulgaria

...dan lain-lain
Komandan dan pemimpin
Pemimpin Sekutu:
Kesatuan Soviet Joseph Stalin
United Kingdom Winston Churchill
Amerika Syarikat Franklin D. Roosevelt
Republik China Chiang Kai-shek
Pemimpin Paksi:
Jerman Nazi Adolf Hitler
Jepun Hirohito
Kerajaan Itali (1861–1946) Benito Mussolini 
Kerugian dan korban
Kematian anggota tentera:
Melebihi 16,000,000
Kematian orang awam:
Melebihi 45,000,000
Jumlah kematian:
Melebihi 61,000,000
(1937-45)
...perincian lanjut.
Kematian anggota tentera:
Melebihi 8,000,000
Kematian orang awam:
Melebihi 4,000,000
Jumlah kematian
Melebihi 12,000,000
(1947-45)
...perincian lanjut.

Perang Dunia Kedua (Perang Dunia Ke-2 atau Perang Dunia II) ialah perang dunia yang telah berlangsung dari tahun 1939 hingga 1945. Konflik antarabangsa ini melibatkan sebahagian besar negara-negara dunia termasuklah semua kuasa besar yang membentuk dua pakatan tentera yang utama iaitu Kuasa Bersekutu dan Kuasa Paksi. Dalam keadaan perang menyeluruh, ia membabitkan lebih daripada 100 juta orang anggota tentera dari lebih 30 buah negara, dengan negara-negara utama yang terlibat dalam perang ini menggunakan seluruh kemampuan ekonomi, industri dan ilmiah mereka di sebalik usaha perang, yang mengaburkan perbezaan antara sumber awam dan ketenteraan. Perang Dunia Kedua juga merupakan konflik yang paling banyak menyebabkan kematian dalam sejarah manusia, yang telah mengorbankan kira-kira 70 hingga 85 juta nyawa, dengan lebih banyak orang awam terbunuh berbanding anggota tentera. Puluhan juta orang terkorban disebabkan oleh genosid (termasuk Holokus), pembunuhan beramai-ramai, kebuluran dan penyakit. Pesawat udara turut memainkan peranan penting dalam perang ini, yang meliputi pengeboman strategik terhadap pusat penduduk serta pembangunan senjata nuklear dalam perang; hanya dua penggunaannya di dalam perang tersebut. Bahkan, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan udara Jerman terhadap Poland pada September 1939, sementara operasi pertempuran terakhir ialah serangan bom atom Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada Ogos 1945.

Peperangan ini juga memperlihatkan Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman, Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia yang membawa kepada Perang Dingin. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Oktober 1945 selepas tamatnya perang tersebut, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang berskala besar dan membinasakan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search