Perang Granada

Perang Granada
Sebahagian daripada Reconquista

Penyerahan Granada oleh F. Padilla: Muhammad XII (Boabdil) menyerah diri kepada Ferdinand dan Isabella.
TarikhFebruari 1482 – 2 Januari 1492 (10 tahun)
Lokasi
Keputusan Granada diilhak oleh Castile
Pihak yang terlibat
Kesatuan Aragon-Castile Amiriah Granada
Komandan dan pemimpin
Ferdinand II dari Aragon
Isabella I dari Castile

Abu l-Hasan Ali (Muley Hacén), 1481–1485
Muhammed XIII (al-Zagal), 1485–1487

Muhammad XII (Boabdil), 1487–1492  #
Sejarah Sepanyol
Jata Sepanyol
Rencana ini sebahagian dari suatu siri
Sejarah Awal
Pra-sejarah Iberia
Hispania Rom
Abad Pertengahan Sepanyol
Kerajaan Visigoth
Kerajaan Asturia
Kerajaan Suebi
Spania Byzantine
Al-Andalus
Reconquista
Kerajaan Sepanyol
Zaman Perkembangan
Zaman Kesedaran
Republik
Reaksi dan Revolusi
Republik Sepanyol Pertama
Restorasi
Republik Sepanyol Kedua
Di bawah Franco
Perang Saudara Sepanyol
Negara Sepanyol
Sepanyol Moden
Pemindahan ke Demokrasi
Sepanyol Moden
Topik
Sejarah Ekonomi
Sejarah Ketenteraan
{Templat:Data99

Sepanyol

Perang Granada (Sepanyol: Guerra de Granada) merupakan satu siri kempen ketenteraan yang berlaku antara tahun 1482 sehingga 1492, semasa pemerintahan Monarki Katolik (los Reyes Católicos) Isabella I dari Castile dan Ferdinand II dari Aragon, menentang dinasti Nasrid dari Amiriah Granada. Ia tamat dengan kekalahan Granada kemasukkannya ke dalam Castile, menamatkan pemerintahan Muslim di Semenanjung Iberia (al-Andalus).

Perang 10 tahun ini bukannya usaha yang berterusan, tetapi satu siri kempen bermusim yang dilancarkan pada musim bunga dan berakhir pada musim sejuk. Kekuatan Granada tempang disebabkan oleh konflik dalaman dan perang saudara, sementara puak-puak Kristian pula bersatu. Perang ini juga melihat akan penggunaan artileri oleh Kristian untuk menakluk kota-kota dengan pantas, sekiranya tidak memerlukan masa untuk mengepung yang lebih lama. Pada 2 Januari, 1492 Muhammad XII dari Granada (Raja Boabdil) menyerahkan Amiriah Granada, kota Granada, dan istana Alhambra kepada tentera Castile.

Perang ini merupakan satu projek bersama antara Isabella Takhta Castile dan Ferdinand Takhta Aragon. Sebahagian besar tentera dan dana datangnya daripada Castile, dan Granada diilhak ke dalam jajahan Castile. Takhta Aragon kurang penting: selain kehadiran Raja Ferdinand sendiri, Aragon menyediakan pasukan laut, meriam dan beberapa pinjaman kewangan. Para bangsawan ditawarkan dengan tanah-tanah baru, sementara Ferdinand dan Isabella memusatkan dan menggabungkan kuasa. Selepas perang, ia menyaksikan tamatnya polisi convivencia ("hidup dan biarkan hidup") di antara agama-agama di semenanjung Iberia: Yahudi telah dipaksa untuk memeluk Kristian atau dibuang negeri pada tahun 1492, dan pada tahun 1501, kesemua Muslim Granada dimestikan memeluk Kristian, menjadi hamba atau dibuang negeri; menjelang tahun 1526, pengharaman ini diperluaskan ke seluruh Sepanyol. "Orang Kristian Baru" (conversos) telah dituduh kripto-Islam dan kripto-Yahudi.[1] Sepanyol menjadi model aspirasi kebangsaannya sebagai penjaga Kristian dan Katoliks. Kejatuhan Alhambra masih lagi dirayakan pada setiap tahun oleh Majlis Perbandaran Granada, dan Perang Granada dianggap dalam tradisi sejarah Sepanyol sebagai perang terakhir dalam Reconquista.

  1. ^ Harvey, L. P. (2005). Muslims in Spain, 1500 to 1614. University Of Chicago Press. ISBN 978-0-226-31963-6.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search