Perdana Menteri Korea Selatan

Perdana Menteri Republik Korea
ڤردان منتري ريڤوبليك كوريا
대한민국의 국무총리
Bendera Perdana Menteri
Lambang Perdana Menteri
Penyandang
Han Duck-soo
sejak 21 Mei 2022
Anggota bagiConstitutional institution (South Korea) (en) Terjemah dan Majlis Negara Korea Selatan Sunting nilai ini di Wikidata
Bidang kuasaKorea Selatan Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanSeoul Sunting nilai ini di Wikidata
Dilantik olehPresiden Korea Selatan Sunting nilai ini di Wikidata
Tempoh jawatandilantik oleh Presiden dengan persetujuan Perhimpunan Kebangsaan
Penjawat sulungLee Beom-seok
Dibentuk1948
SenaraiPerdana Menteri Korea Selatan Sunting nilai ini di Wikidata
Tapak web(Inggeris) pmo.go.kr/
(Korea) pmo.go.kr/
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perdana Menteri Republik Korea dilantik oleh Presiden dengan persetujuan majlis Perhimpunan Kebangsaan. Jawatan tersebut boleh disandang oleh bukan dalam kalangan ahli Perhimpunan. Bagi Perdana Menteri yang dilantik tetapi tidak disahkan oleh Perhimpunan pula digelar sebagai Pemangku Perdana Menteri

Perdana Menteri adalah Ketua Penolong Eksekutif kepada Presiden yang merupakan Ketua Kerajaan. Perdana Menteri membantu Presiden dengan menyelia kementerian dan membuat cadangan untuk para menteri. Dalam susunan penggantian, Perdana Menteri adalah yang pertama dalam melaksanakan tugas-tugas jawatan Presiden sebagai Pemangku Presiden jika Presiden tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya. Perdana Menteri juga boleh menjadi Pemangku Presiden apabila seseorang Presiden itu meninggal dunia, meletakkan jawatan atau dipecat daripada menjadi Presiden seperti dalam kes yang berlaku pada 10 Mac 2017 oleh Presiden Park Geun-hye.

Jawatan ini ditubuhkan pada bulan Ogos 1948, apabila Korea Selatan dibentuk dan ia telah dipegang oleh Lee Beom-seok sehingga tahun 1950. Nama jawatan ini pernah bertukar kepada Ketua Menteri Kabinet pada 1961 sehinggalah 1963. Tugas Perdana Menteri dibantu oleh dua orang naib perdana menteri.[1]

Jawatan tersebut kini disandang oleh Han Duck-soo dari Parti Saenuri sejak 21 Mei 2022.

  1. ^ (Inggeris) "Pejabat Perdana Menteri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-06. Dicapai pada 2013-05-30.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search