Perhambaan di Amerika Syarikat

Sejarah perhambaan di Amerika Syarikat (1618-1865) bermula sebaik sahaja penjajah Inggeris kali pertama mendirikan penempatan di Virginia dan berakhir dengan Pindaan Ke-13 dalam Perlembagaan Amerika Syarikat.

Sebelum perhambaan diamalkan secara meluas, sistem buruh diuruskan di bawah sistem buruh terikat di mana seseorang terikat bekerja dengan majikan sebagai bayaran tambang kapal, makanan dan tempat tinggal. Kontrak ikatan ini berlangsung selama beberapa tahun bagi kedua-dua orang kulit putih dan orang kulit hitam dan digunakan sebagai bayaran balik untuk kos perjalanan ke Dunia Baru.[1] Bagaimanapun pada tahun 1700-an, mahkamah membuat keputusan yang bersifat perkauman apabila hanya mereka yang berketurunan Afrika dan kaum asli Amerika tertakluk kepada peraturan ini.[2] Koloni selatan banyak menggunakan tenaga buruh untuk mengusahakan ladang-ladang tembakau, dan jumlah hamba dikatakan melebihi jumlah penduduk koloni utara pada akhir kurun ke-17[3].

Dari tahun 1654 sehingga 1865, perhambaan seumur hidup sah di sisi undang-undang di kawasan yang sekarang dikenali sebagai Amerika Syarikat.[4] Kebanyakan hamba berbangsa kulit hitam yang dimiliki oleh tuan kulit putih, dan sesetengah kaum asli Amerika serta bangsa kulit hitam yang tidak mempunyai apa-apa ikatan juga dipaksa menjadi hamba abdi. Majoriti hamba dipaksa bekerja dalam bidang pertanian. Menurut bancian pada tahun 1860, terdapat hampir 4 juta hamba berbanding 12 juta penduduk 15 negeri yang menghalalkan perhambaan.[5] Daripada kesemua 1,515,605 keluarga di 15 negeri tersebut, 393,967 mempunyai hamba (lebih kurang satu daripada empat keluarga),[6] atau 8 peratus dari keseluruhan keluarga di Amerika. Walau bagaimanapun, keluarga di Amerika tidak mempunyai ramai hamba jika dibandingkan dengan peladang atau pengusaha tanah yang mempunyai 20 atau lebih hamba[7]. Golongan peladang dan pengusaha tanah ialah mereka yang kaya, berstatus tinggi dan mempunyai kuasa politik. Sembilan puluh lima peratus (95%) daripada orang kulit hitam tinggal di selatan dan mereka ini adalah satu pertiga daripada penduduk, berbanding hanya dua peratus di utara.[8]

Kemakmuran Amerika Syarikat pada separuh abad pertama ke-19 disumbangkan juga oleh keringat orang Amerika Afrika.[9][10] Tetapi dengan kemenangan pihak utara dalam Perang Saudara Amerika, sistem perhambaan dimansuhkan di kawasan selatan[11]. Pemansuhan ini membawa kepada kemerosotan ekonomi negeri-negeri di selatan di mana ladang kapas mendapat untung yang sedikit kerana tidak lagi boleh mengeskploitasi tenaga hamba[12]. Negeri-negeri di utara yang berkembang pesat melalui teknologi dan industri sebelum dan semasa perang, terus melonjak ekonominya berbanding ekonomi negeri-negeri selatan. Para usahawan dari utara mendominasi negara termasuk sistem sosial dan politik. Kelas peladang dan pengusaha tanah hilang kuasa buat sementara. Perkembangan pesat ekonomi selepas Perang Saudara menjadi asas kepada ekonomi moden Amerika Syarikat.

12 juta orang kulit hitam Afrika dihantar ke benua Amerika dari abad ke-16 sehingga ke-19[13][14]. Dari jumlah ini, dianggarkan 645,000 (5.4%) dibawa ke tempat yang sekarang ialah Amerika Syarikat. Kebanyakan mereka ini dibawa ke Brazil.[15] Populasi hamba di Amerika Syarikat meningkat kepada empat juta semasa bancian 1860.[16]

  1. ^ http://www.usnews.com/usnews/news/articles/070121/29african.htm
  2. ^ Reprinted from: Gallay, Alan, "Forgotten Story of Indian Slavery", Arab News (www.aljazeera.info), 3 Ogos 2003.
  3. ^ http://www.usnews.com/usnews/news/articles/070121/29african.htm
  4. ^ [1]
  5. ^ 1860 Census Results, Laman Perang Saudara
  6. ^ Keputusan Bancian 1860
  7. ^ Otto H. Olsen (2004). "Historians and the extent of slave ownership in the Southern United States". Civil War History. Southernhistory.net. Dicapai pada 2007-11-23. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  8. ^ James M. McPherson (1996). Drawn with the Sword: Reflections on the American Civil War. New York: Oxford University Press. m/s. p. 15. ISBN 0-19-509679-7. |pages= has extra text (bantuan)
  9. ^ James Oliver Horton (2005). Slavery and the Making of America. New York: Oxford University Press. m/s. p. 7. ISBN 0-19-517903-X. The slave trade and the products created by slaves' labor, particularly cotton, provided the basis for America's wealth as a nation. Such wealth provided capital for the country's industrial revolution and enabled the United States to project its power into the rest of the world. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); |pages= has extra text (bantuan)
  10. ^ "Was slavery the engine of economic growth?". Digital History. Dicapai pada 2007-11-23.
  11. ^ Encyclopædia Britannica
  12. ^ Without Consent or Contract: The Rise and Fall of American Slavery, 1994 oleh Robert William Fogel
  13. ^ Ronald Segal (1995). The Black Diaspora: Five Centuries of the Black Experience Outside Africa. New York: Farrar, Straus and Giroux. m/s. p. 4. ISBN 0-374-11396-3. It is now estimated that 11,863,000 slaves were shipped across the Atlantic. [Note in original: Paul E. Lovejoy, "The Impact of the Atlantic Slave Trade on Africa: A Review of the Literature," dalam Journal of African History 30 (1989), ms. 368.] ... It is widely conceded that further revisions are more likely to be upward than downward. |pages= has extra text (bantuan)
  14. ^ "Quick guide: The slave trade". bbc.co.uk. 15 Mac 2007. Dicapai pada 2007-11-23. Check date values in: |date= (bantuan)
  15. ^ Stephen D. Behrendt, David Richardson, dan David Eltis, W. E. B. Du Bois Institute for African and African-American Research, Harvard University. Berdasarkan "laporan-laporan dari 27,233 perjalanan untuk mengambil hamba ke benua Amerika". Stephen Behrendt (1999). "Transatlantic Slave Trade". Africana: The Encyclopedia of the African and African American Experience. New York: Basic Civitas Books. ISBN 0-465-00071-1.
  16. ^ Introduction - Social Aspects of the Civil War

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search