Perhimpunan Bersih 2012

Perhimpunan Bersih 3.0
Tarikh28 April 2012
Lokasi
MatlamatUntuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia.
StatusBersurai
Pihak terlibat
Tokoh dan pemimpin utama
Anwar Ibrahim
Ambiga Sreenevasan
A. Samad Said
Mohd Najib bin Abdul Razak
Hishammuddin Hussein
Bilangan
250,000 - 300,000[1]
(anggaran Bersih)
80,000 -100,000[2][3]
(anggaran bebas)
Korban
60 peserta cedera, 512 ditahan[4]
11 polis cedera[5]

Perhimpunan Bersih 2012 atau Bersih 3.0 (juga dipanggil Duduk Bantah) ialah suatu perhimpunan tunjuk perasaan yang dianjurkan pada 28 April 2012 di pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Himpunan ini merupakan lanjutan kepada Perhimpunan Bersih 2007 dan Perhimpunan Bersih 2011. Ia dianjurkan NGO BERSIH dengan sokongan Pakatan Rakyat. Perhimpunan itu disertai 84 buah NGO dan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.[6] Kaedah perhimpunan rakyat menerusi BERSIH 2012 ini pada mulanya dicadangkan oleh penganjur untuk diadakan secara aman yakni para peserta diminta 'duduk bantah' di lokasi perhimpunan iaitu di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang hingga 4 petang.

Selepas Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, kerajaan setuju menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara bagi menambahbaik pilihan raya. Pada 3 April 2012, laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen dengan bantahan daripada wakil pembangkang.[7] Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga mempertikaikan mengapa laporan PSC tidak menyatakan ia mesti dilaksanakan sebelum pilihan raya.[8] Bersih 3.0 akan bekerjasama dengan pihak polis PDRM bagi memastikan perhimpunan aman berjalan lancar.

Pelbagai insiden terdahulu tidak sepatutnya berulang. Bersih 3.0 akan menyediakan pasukan peguam untuk membantu peserta yang ditahan polis. Bantuan perubatan dan pasukan keselamatan daripada 'Unit Amal PAS' akan bertugas sepanjang masa perhimpunan 'Duduk Bantah'. Bersih 3.0 menghantar laporan setiap minggu kepada Majlis Hak Asasi di Geneva, Switzerland sehingga perhimpunan itu berlangsung.[8]

  1. ^ S Pathmawathy (28 April 2002). "300,000 at Bersih 3.0, Ambiga claims success". Malaysiakini. Dicapai pada 30 April 2012.
  2. ^ Police violence marks Malaysia reform rally Aljazeera. 28 April 2012.
  3. ^ Rais: Hanya 22,270 sertai Bersih 3.0. Sinar Harian. Capaian 21 Mei 2012.
  4. ^ Polis tahan 512 peserta BERSIH 3.0[pautan mati kekal] Free MalaysiaKini. 29 April 2012.
  5. ^ Cops release 200 protesters in batches The Star. 29 April 2012.
  6. ^ Semangat BERSIH 3.0 melimpah ke luar negara Malaysiakini
  7. ^ BERSIH 3.0 sasar 500,000 sertai himpunan 28 April Malaysiakini
  8. ^ a b BERSIH 3.0: Bersihkan dulu, baru buat p'raya Malaysiakini

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search