Perhimpunan Bersih 2015

Perhimpunan Bersih 2015
Perhimpunan Bersih 4
Tarikh29 - 30 Ogos 2015
Lokasi
Matlamat
StatusTamat
Pihak terlibat
Tokoh dan pemimpin utama
Maria Chin Abdullah
Ambiga Sreenevasan
A. Samad Said
Najib Razak
Ahmad Zahid Hamidi
Bilangan
500,000 di KL[1]
Korban

4 orang tercedera[2]

16 orang keracunan [3]

Perhimpunan Bersih 2015 atau Perhimpunan Bersih 4 ialah siri perhimpunan awam yang telah diadakan dari 29 hingga 30 Ogos 2015 di beberapa bandar raya utama seluruh Malaysia, iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.[4] Perhimpunan ini merupakan hasil cetusan dan dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan iaitu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau singkatannya Bersih. Objektif utama badan bukan kerajaan ini adalah untuk menggesa Kerajaan Malaysia yang berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional untuk mengolah kembali dan membaik pulih sistem pemilihan atau pilihanraya berdasarkan konsep keadilan sejagat yang lebih bebas, terbuka dan bersih dari unsur sabotaj, ketirisan dan rasuah pilihanraya. Selain itu sebagai suatu platform bagi mendesak Kerajaan Malaysia mengamlakan sistem pemerintahan lebih demokratik, saksama dan tidak berat sebelah. Perhimpunan Bersih 4 ini merupakan jalinan perhimpunan awam berbangkit sama seperti yang pernah diadakan pada tahun 2007, 2011, 2012. Kelainan perhimpunan bersih kali ini adalah ia bakal dilaksanakan sehari sebelum tanggal sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang diadakan pada 31 Ogos 2015.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search