Peristiwa Memali 1985

Peristiwa Memali
Sebahagian daripada Sejarah Malaysia
Tarikh19 November 1985 (1985-11-19)
Lokasi
Kampung Memali, Baling, Kedah, Malaysia
MatlamatCubaan menangkap Ustaz Ibrahim Mahmud yang didakwa membawa ajaran sesat
KesanKemenangan Kerajaan Malaysia
  • Ibrahim Mahmud dan 13 orang pengikutnya terbunuh
  • Penangkapan beramai-ramai pengikut Ustaz Ibrahim Mahmud
  • Hubungan UMNO dan PAS yang semakin meruncing (pulih pada 2019)
Pihak terlibat
Tokoh dan pemimpin utama
Mahathir Mohamad
Musa Hitam
Mohammed Hanif Omar
Ibrahim Mahmud
Bilangan
200+ anggota polis

400 orang pengikut

Jumlah orang kampung bersenjata tidak diketahui
Korban
4 terbunuh

14 terbunuh

159 ditahan (36 darinya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Peristiwa Memali yang juga digelar pihak polis sebagai Operasi Angkara atau Operasi Hapus merupakan insiden yang berlaku pada 19 November 1985 di Kampung Memali, Baling, Kedah. Dalam operasi tersebut, di bawah arahan Tun Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu, lebih 200 anggota polis telah mengepung Kampung Memali di Baling, Kedah dan sasaran utama pada masa itu ialah Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Insiden ini merekodkan bahawa 18 orang telah terkorban iaitu 14 orang kampung dan 4 orang anggota polis dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain serta 159 orang ditahan. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud telah terbunuh.

Ketika peristiwa tersebut berlaku, Tun Musa Hitam merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu juga, Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dilaporkan berada di China.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search