Perjanjian 20 Perkara Sabah

Perjanjian 20 Perkara atau Memorandum 20 Perkara ialah senarai 20 perkara yang dibuat oleh Borneo Utara (kini dikenali sebagai Sabah), mengusulkan syarat-syarat untuk Borneo Utara bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia, pada 16 September 1963[1] sebagai negeri Sabah. Penerimaan perkara-perkara ini berbeza-beza, ada yang dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia dan ada yang cuma diterima secara lisan sahaja. Perjanjian 20 perkara itu sering menjadi tumpuan di kalangan mereka yang berpendapat bahawa hak-hak Sabah dalam Persekutuan telah terhakis dari masa ke masa.[2]

Perjanjian berkenaan dengan Malaysia
  1. ^ "No.10760: Agreement relating to Malaysia" (PDF). United Nations Treaty Collection. PBB. 1963. Dicapai pada 2010-09-22. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  2. ^ Abdication of Responsibility: The Commonwealth and Human Rights, United States of America: Human Rights Watch, October 1991, m/s. 33–34, ISBN 1-56432-047-2, dicapai pada 15 September 2010

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search