Perjanjian Munich

Selepas persidangan tersebut, Perdana Menteri British Chamberlain pulang ke Great Britain dan telah mengisytiharkan perjanjian Munich sebagai "peace for our time" ("keamanan untuk kita")

Perjanjian Munich, Persetujuan Munich atau Munich Agreement adalah penyelesaian yang membenarkan Jerman Nazi mengilhak sebahagian Czechoslovakia disepanjang sempadan negara itu terutamanya yang didiami oleh bangsa Jerman, yang mana gelaran wilayah baru "Sudetenland" dicipta. Perjanjian itu telah dirundingkan pada persidangan yang diadakan di Munich, Jerman, di kalangan kuasa-kuasa besar di Eropah, tanpa kehadiran Czechoslovakia. Kini, ia secara meluas dianggap sebagai perbuatan yang gagal memujuk Jerman. Perjanjian itu ditandatangani pada awal pagi 30 September 1938 (tetapi bertarikh 29 September). Tujuan persidangan ini adalah untuk membincangkan masa depan Sudetenland dalam menghadapi tuntutan etnik yang dibuat oleh Adolf Hitler. Perjanjian itu ditandatangani oleh Jerman, Perancis, United Kingdom, dan Itali. Sudetenland adalah kepentingan strategik yang besar kepada Czechoslovakia, kerana sebahagian besar pertahanan sempadannya terletak di sana, dan kebanyakkan bank [perlu rujukan] dan industri berat terletak di sana.

Oleh kerana negara Czechoslovakia tidak dijemput ke persidangan itu, ia menganggap dirinya telah dikhianati oleh United Kingdom dan Perancis, jadi Czech dan Slovakia memanggil Perjanjian Munich sebagai Munich Diktat (Czech: Mnichovský diktát; Slovak: Mníchovský diktát). Ungkapan "Pengkhianatan Munich" (Czech: Mnichovská zrada; Slovak: Mníchovská zrada) juga digunakan kerana perikatan tentera Czechoslovakia dengan Perancis dan Britain terbukti tidak berguna. Hari ini dokumen itu biasanya dirujuk semata-mata sebagai Pakatan Munich (Mnichovská dohoda).


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search