Perpustakaan British

Perpustakaan British merupakan perpustakaan negara bagi United Kingdom[1] dan merupakan perpustakaan terbesar di dunia[2] mengikut jumlah bahan yang dikatalogkan.[3] Ia menempatkan lebih daripada 150 juta bahan[4] dari banyak negara. Sebagai sebuah pusat penyerahan terbitan, Perpustakaan British menerima kesemua buku yang diterbitkan di United Kingdom dan Ireland, termasuk sebilangan besar tajuk luar negeri yang diedarkan di UK.

Perpustakaan British juga merupakan perpustakaan penyelidikan, dengan bahan dalam pelbagai bahasa [5] dan format, sama ada cetak atau digital: buku, manuskrip, jurnal, surat khabar, majalah, rekod bunyi dan muzik, video, skrip pementasan, paten, pangkalan data, peta, dan sebagainya. Koleksinya termasuklah kira-kira 14 juta buah buku,[6] bersama-sama dengan pelbagai manuskrip dan barang-barang sejarah sejak 2000 SM. Perpustakaan turut menambah kira-kira 3 juta bahan setiap tahun.[7]

Sehingga tahun 1973, Perpustakaan British turut menjadi sebahagian daripada Muzium British. AKta Perpustakaan British 1972 memisahkan jabatan perpustakaan dari muzium.

  1. ^ "Using the British Library". British Library. Retrieved on 17 April 2014.
  2. ^ "Facts and figures". www.bl.uk. Dicapai pada 3 September 2017.
  3. ^ "General information". Library of Congress. Dicapai pada 2017-09-03.
  4. ^ Wight, Colin. "Facts and figures". www.bl.uk. Dicapai pada 3 September 2017.
  5. ^ "Using the British Library". British Library. Dicapai pada 11 September 2014.
  6. ^ "The British Library; Explore the world's knowledge". British Library. Dicapai pada 12 April 2010.
  7. ^ The British Library Annual Report and Accounts 2010/11, p.31

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search