Persekutuan

Peta yang memaparkan negara-negara persekutuan hari ini.

Persekutuan (Jawi: ڤرسكوتوان; [pĕr.sĕ.ku.tu.an]) atau federasi ([fé.dé.ra.si]; dari Latin: foeduratio bererti "perjanjian" terbitan kata foedus "ikatan" melalui Belanda: federatie[1]) ialah sebentuk kesatuan yang terdiri daripada sebilangan negeri atau rantau yang separuh berpentadbiran sendiri yang disatukan oleh satu pemerintahan pusat. Dalam sesebuah negara persekutuan, status pentadbiran sendiri bagi negeri-negeri komponen lazimnya dikukuhkan oleh perlembagaan dan tidak wajar diubah oleh keputusan yang dibuat oleh kerajaan/pemerintah pusat yang hanya menyebelahi satu pihak.

Bentuk pemerintahan atau struktur perlembagaan yang didapati dalam sebuah persekutuan dikenali sebagai federalisme yang juga boleh dianggap sebagai lawan kepada satu sistem lain, iaitu negara unitari. Kerajaan Jerman yang merangkumi 16 länder bersekutu dijadikan satu contoh persekutuan, manakala Austria dan Bundesländernya merupakan negara unitari dengan bahagian pentadbiran yang menjadi bersekutu, sementara Perancis pula merupakan negara unitari sepenuhnya, meskipun entiti subnasionalnya kelihatan serupa dengan negeri-negeri kerajaan persekutuan.

Persekutuan ini boleh berupa suatu kawasan pelbagai etnik, atau meliputi sebidang tanah wilayah yang amat luas, namun tidak semestinya begini. Persekutuan lazimnya ditubuhkan melalui persetujuan asal antara sebilangan negeri berdaulat.

  1. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "federatie (bondgenootschap)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank. Via Frans fédération ‘id.’ [14e eeuw; Rey] ontleend aan Latijn foederātiō ‘vereniging, verbond’, een afleiding van het werkwoord foederāre ‘verenigen, verbinden’ bij foedus (genitief foederis) ‘verbond, verdrag’.CS1 maint: multiple names: editors list (link)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search