Pertanian

Pertanian
Umum
Agronomi · Penternakan
Perladangan ekstensif
Perladangan intensif
Perladangan kilang
Perladangan organik
Permakultur · Perniagaan tani
Pertanian · Pertanian bandar
Pertanian mampan
Pertanian perindustrian
Sains pertanian · Ternak lepas
Sejarah
Sejarah pertanian
Revolusi Neolitik
Revolusi Pertanian Muslim
Revolusi Pertanian British
Revolusi Hijau
Khusus
Akuakultur · Berladang ternak
Dusun · Gandum · Hidroponik
IMTA · Jagung · Kacang soya
Kayu gergaji · Meragut · Padi
Penternakan ayam itik
Penternakan babi intensifif
Penternakan biri-biri
Penternakan tenusu
Sistem Intensifikasi Padi
Kategori
Bioteknologi
Pemprosesan daging
Penternakan ayam itik
Pertanian mengikut negara
Sejarah perladangan
Syarikat pertanian
Ternakan

[1]Pertanian (Jawi: ڤرتانين) ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian.

Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian. Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat bentuk tersebut biasanya terbentang antara pertanian mampan (misalnya, permakultur dan pertanian organik) dan pertanian intensif (misalnya, pertanian perindustrian).

Agronomi (ilmu pertanian) moden, pembiakbakaan tumbuhan, racun perosak, dan baja, serta juga peningkatan teknologi telah menambah hasil tanaman secara mendadak tetapi pada waktu yang sama, sangat menjejaskan ekologi dan kesihatan manusia.[2] Pembiakbakaan pilihan dan amalan moden penternakan seperti penternakan babi intensif (dengan amalan yang serupa juga dipergunakan untuk ayam) juga meningkatkan keluaran daging, tetapi menimbulkan rasa bimbang tentang kekejaman haiwan dan kesan kesihatan antibiotik, hormon pertumbuhan, dan bahan kimia yang lain yang umum digunakan dalam pengeluaran daging perindustrian.[3]

Keluaran pertanian utama secara umum boleh digolongkan kepada makanan, gentian, bahan api, bahan mentah, bahan farmaseutik, dan perangsang, serta beraneka jenis keluaran hiasan dan lepa hiasan yang eksotik. Pada 2000-an, tumbuhan telah ditanam terutamanya untuk menghasilkan:

Walaupun pada 2003, bilangan pekerja pertanian tidak sebegitu banyak, namun kerana kesedaran terhadap pentingnya pertanian, jumlahnya naik dengan pesat pada 2008. Sesungguhnya, sektor perkhidmatan melebihi pertanian sebagai sektor ekonomi yang menggaji paling banyak orang di seluruh dunia pada tahun itu.[6] Meskipun pertanian menggaji melebihi satu pertiga daripada jumlah penduduk dunia pada 2007, pengeluaran pertanian hanya menyumbangkan kurang daripada 5% keluaran dunia kasar (iaitu jumlah kesemua keluaran dalam negara kasar (KDNK).[7]

Ladang kopi di Bandaraya São João do Manhuaçu, negeri Minas Gerais, [[Bra zil]].
  1. ^ Ismail, Mohd.Razi (2006). Pertanian lestari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. m/s. 20. ISBN 983-62-8543 -1.
  2. ^ "Human Health Issues | Pesticides | US EPA". Epa.gov. 2006-06-28. Dicapai pada 2009-11-26.
  3. ^ "EU Scientists Confirm Health Risks of Growth Hormones in Meat". Organicconsumers.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-24. Dicapai pada 2009-11-26.
  4. ^ "Growing Plants for Pharmaceutical Production vs. for Food and Feed Crops". bio.org. Washington DC: Biotechnology Industry Organization. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-25. Dicapai pada October 2, 2009.
  5. ^ Brickates Kennedy, Val (October 16, 2007). "Plastics that are green in more ways than one". MarketWatch. New York: The Wall Street Journal.
  6. ^ "Key Indicators of the Labour Market Programme". International Labour Organization. September 7, 2009.
  7. ^ "https://www.cia.gov/cia/publications/factbook/geos/xx.html#Econ". External link in |title= (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search